Mesyuarat Agung DMP Tambun

Alhamdulillah... Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun berjalan dengan lancar pada 21 Mac 2009,semalam di Hotel Hill City yang bermula lebih kurang jam 9 pagi.Kepada saf kepimpinan yang lama.... TERIMA KASIH di atas segala usaha dan ikhtiar yang telah anda lakukan untuk melicinkan gerak kerja parti. Semoga apa yang telah anda lakukan diberkati dan diterima Allah sebagai ibadah kepadanya. Seterusnya kepada saf kepimpinan yang baru, TAHNIAH kerana anda dipilih untuk memegang AMANAH ALLAH S.W.T untuk memastikan perjalanan gerak kerja Parti Islam SeMalaysia di peringkat Tambun berjalan dengan lancar. Semoga anda semua mampu memikul AMANAH ALLAH ini dengan baik dan dipermudahkan ALLAH di dalam segala urusan. Kepada semua perwakilan yang hadir, TERIMA KASIH di atas kehadiran anda dan apa saja, kritikan membina, pendapat atau cadangan yang telah dinyatakan. Semoga segala usaha yang kalian lakukan untuk bersama-sama memastikan roh Islam subur di Kawasan TAMBUN diterima Allah sebagai ibadah kepadanya...

Sekitar gambar perjalanan Mesyuarat Agung DMP Tambun....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....