Takziah Dan Simpati Diucapkan



Seorang anak guru PASTI Al Ukhuwwah, Taman Malar iaitu Pn. Saadah Mat Noor yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat Cawangan Tmn Hiburan, telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Besar Permaisuri Bainun, Ipoh. Merupakan bekas pelajar tahfiz di Parit, Malim Nawar, Mohd. Aidi Darus telah mengalami kemalangan motorsikal dengan kenderaan jenis Hilux di persimpangan Tambun berdekatan Sek. Men Tambun pada malam 5 Jun 2009 yang lalu. Anak ketiga dari empat adik-beradik dan lelaki tunggal bagi pasangan Pn. Saadah dan Imam Darus ini disahkan meninggal dunia setelah menjalani pembedahan kepala dan bergantung kepada bantuan pernafasan. Semoga Allahyarham ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman... AlFatihah....

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Tambun iaitu Pn. Zuhairah Hj. Mohd Ghazali bagi menyampaikan simpati dan semangat kepada Pn. Saadah.

DMP Tambun turut menyampaikan takziah dan simpati buat keluarga En. Aidi (Bendahari Pemuda Kawasan) yang mana bapa beliau telah mengalami kemalangan baru-baru ini dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad 7 Jun 2009.

Manakala ucapan semoga sembuh kepada Timbalan Ketua DMP Tambun iaitu Pn. Salbiah Din yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Intitut Jantung Negara baru-baru ini.

Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan mereka yang terbabit dan mendoakan bagi yang telah pergi... Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....