"90 HARI UNTUK IBU" KEMPEN SATU JUTA TANDATANGAN



Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak

Kami, warganegara Malaysia yang bertandatangan di bawah menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 kepada 90 hari.

Peranan wanita moden kini telah menjadi lebih berbeza dan mencabar daripada, katakan, 30 tahun yang lalu. Kebanyakan wanita hari ini terkejar-kejar dengan tuntutan-tuntutan tugas sepenuh masa dan peranan tradisional mereka sebagai suri rumah supaya mereka dapat membantu bagi mempertahankan satu taraf hidup yang memuaskan.

Sebagai seorang suri rumah, seorang wanita menanggung beban berat membesarkan anak-anak, menguruskan isi rumah dan memastikan kesejahteraan menyeluruh keluarga dia. Memikirkan ini, yang paling kurang harus dilakukan oleh kerajaan ialah memastikan pemulihan penuh fizikal, mental serta emosi seorang wanita selepas melahirkan seorang anak.

Banyak negara Asia Tenggara telah mara ke hadapan bersama dengan rekomendasi Konvensyen Organasasi Buruh Antarabangsa – 103 (ILO CONVENTION 103) - Konvensyen Perlindungan Ibu (Disemak Semula), 1952. Konvensyen disemak semula 183 -2000 mempertimbangkan 7 perlindungan ibu; marilah kita lakukan satu perbandingan serantau bagi perlindungan paling asas:

Cuti bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara:

· Singapura – 112 hari (16 minggu)

· Thailand – 90 hari (3 bulan)

· Kemboja – 90 hari

· Indonesia – 90 hari

· Malaysia – 60 hari

(Sumber: www.asianfoodworker.net)

Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12 bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja.

Ini hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO.

Malaysia, malangnya, ketinggalan jauh di belakang dan terdapat satu keperluan mendesak untuk meminda peruntukan yang releven dalam Akta Buruh 1955.

60 hari cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita Malaysia. Kenapa? Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan setakat fizikal malah emosi serta juga mental.

Kemurungan selepas bersalin (Post-natal Depression (PND)), isu kesihatan - 1 daripada 3 ibu-ibu baru, atau 10%, menderita akibat PND iaitu jenis kemurungan yang kurang difahami. Wanita dengan gangguan perubatan ini sama ada belum bersedia untuk kembali berkerja atau rasa mereka tidak boleh balik berkerja. Masalah-masalah ini selalunya bermula dalam beberapa minggu ataupun bulan selepas bersalin. Lebih daripada 50% ibu-ibu mendapat gangguan ini dalam 3 bulan pertama.

Selanjutnya, kira-kira 1 dalam 7 wanita yang mengalami perubahan-perubahan tekanan (stress) dan emosional boleh jadi terlalu, dan termasuk tekanan suasana yang berhayun, kebimbangan, pengunduran sosial, kerengsaan dan paling teruk boleh menjadikan keadaan disfungsi yang serius. PND juga mengganggu ikatan dan proses hubungan kasih sayang antara ibu dan kanak-kanak. Sekurang-kurangnya 1 dalam setiap 10 wanita akan menghidap PND setelah melahirkan seorang bayi. Tanpa rawatan ia boleh kekal beberapa bulan, atau bertahun-tahun, agak jarang sekali. Pemulihan mengambil masa.

Bukan itu sahaja, penyusuan (ikatan ibu dan anak) – memegang kerja penuh masa semasa penyusuan anak amat sukar kerana tempat-tempat kerja tidak menampung keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak. Penyusuan anak itu sendiri membawa manfaat kepada kedua-dua ibu dan anak. Ianya melindungi daripada sesetengah kanser payu dara, ovari kerana tahap oestrogen jatuh ke paras yang sangat rendah semasa penyusuan anak. Penyelidikan menunjukkan lebih lama seseorang ibu menyusukan anaknya, risiko kanser akan menjadi lebih rendah. Juga, sekiranya seseorang ibu itu tidak dapat mengeluarkan susunya semasa waktu kerja, payu daranya akan menjadi bengkak, akibat daripada saluran-saluran susu tersumbat yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan yang mungkin akan menyebabkan jangkitan payu dara dan dia tidak mampu berkerja.

Susu ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Penyusuan anak melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan-jangkitan telinga, selsema serta virus-virus, atau mengurangkan keterukan penyakit itu. Ia membantu mengurangkan kematian bayi, yang selalunya terjadi dalam 100-120 hari kehidupan bayi. Cuti bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Persediaan untuk kembali berkerja adalah satu lagi trauma emosional dan mental. Kebimbangan atas penjagaan anak tersebut, kasih sayang, pemakanan dan sebagainya merangkumi minda seorang ibu menyebabkannya tidak mampu menghasilkan keupayaan penuh kapasitinya. Lebih-lebih lagi jika ibu itu tidak mempunyai sesiapa yang boleh menjaga anaknya dan terpaksa meninggalkan anak itu di pusat jagaan harian dan sebagainya. Fikirannya bukan sekadar anaknya itu tetapi juga kos yang menyertai penjagaan tersebut.

Jumlah wanita Malaysia yang berkerja ialah 5.1 juta orang berbanding jumlah tenaga kerja iaitu 11.29 juta (2009) dan sesuatu tenaga kerja tanpa cuti sakit yang mencukupi, terpaksa berhenti kerja sama sekali atau merasa agak sukar untuk kembali berkerja. Kos sosial, psikologikal dan perubatan apabila seseorang wanita kembali ke tempat kerja sebelum pemulihan fizikal penuh atau menjalin ikatan dengan bayi baru lahir mereka tidak dapat diukur, dan tidak sepatutnya diterima di sebuah negara seperti Malaysia. Cuti bersalin yang lebih panjang akan memberi ibu-ibu jangka masa yang munasabah untuk menjalin ikatan dan menyusukan bayi mereka tanpa tambahan kebimbangan-kebimbangan kewangan. Ianya baik untuk perniagaan dan ekonomi kerana ia akan membantu mengekalkan kakitangan wanita yang mahir, berpengalaman dalam tenaga kerja.

Bagi majikan, penawaran cuti sakit yang lebih panjang menunjukkan kepada yang bakal menjadi pekerja yang syarikat tersebut mengambil peduli akan kesihatan serta perhubungan dengan pasangan dan anak-anak mereka. Cuti bersalin juga amat menggalakkan orang-orang yang berkelayakan tinggi untuk memohon ke jawatan-jawatan, mencipta satu kumpulan pemohon-pemohon yang lebih besar, dan menambahkan imej syarikat itu dikalangan teman-teman sebayanya, pada masa yang sama meningkatkan lagi statusnya dalam industri itu.

Satu laporan UNDP dalam tahun 2005 memetik ILO berkata Malaysia adalah antara 25 buah negara daripada 152 yang menyediakan cuti bersalin untuk 60 hari atau kurang.

Oleh yang demikian, kami, ingin merayu kerajaan Malaysia meminda Akta Employment 1955 untuk mencerminkan lanjutan cuti bersalin berbayar kepada 90 hari.

Yang benar,

Yang bertandatangan di bawah:

Nota Penjelasan:

1. Petisyen ini disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

2. Penggumpulan tandatangan tanda sokong bagi petisyen ini akan berakhir pada 6hb Jun 2010.

3. Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar butir-butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat e-mel anda.

4. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.

5. Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan disini.

6. NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

SILA KE LAMAN SEPERTI DI BAWAH UNTUK MENYOKONG PETISYEN INI

http://www.nube.org.my/pd/Petition.aspx

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....