Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun Kali-23


Keluaran Khas Sempena Mesyuarat Agung DMP kali ke-23 -
terbitan Lajnah Penerangan & Dakwah




Antara pameran gambar program DMP Tambun


Ketua Muslimat sudah bersedia untuk Majlis Perasmian


Pendaftaran muslimat


Penuh bersemangat berasmaulhusna dan menyanyi lagu PAS



Bacaan doa diketuai Pn. Mazliana selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah



Ucapan aluan Ketua Muslimat PAS Kawasan Tambun, Pn. Zuhairah Dato' Hj. Mohd. Ghazali


Penuh khusyuk


Ucapan Perasmi Saudara Abdul Manaf B. Awang Mat, Pengerusi Lajnah Pendidikan Kawasan Tambun




Para perwakilan sudah bersedia untuk bermesyuarat








Kutipan dana Pusat Khidmat DUN Manjoi, syukran muslimat, alhamdulillah (terserlah keceriaan K Ju)



Semalam, 4 April 2010 bersamaan 19 Rabi'ulakhir 1431H, hari Ahad, selesailah Mesyuarat Agung DMP Tambun kali ke-23 bertempat di Akademi Pertubuhan Islam Perak. Lebih dari 200 orang perwakilan dan pemerhati telah hadir bagi mengikuti Mesyuarat Agung tersebut dengan berpakaian hijau putih. Mesyuarat Agung DMP Tambun telah dirasmikan oleh Saudara Abdul Manaf B. Awang Mat, Pengerusi Lajnah Pendidikan Kawasan Tambun dengan pengisian yang amat bermanfaat dan telah menyuntik semangat kepada para perwakilan. Antara isi perasmi yang boleh dijadikan pedoman ialah 4 ciri seorang pemimpin ialah :
1) Berkebolehan memberi motivasi kepada anak buahnya
2) Berupaya mengurangkan tekanan diri
3) Berupaya menyelesaikan masalah
4) Boleh berkomunikasi dengan baik

Alhamdulillah sesi muhasabah DMP Tambun berjalan dengan lancar dan berbagai pandangan, kritikan, cadangan telah dikemukakan oleh para perwakilan. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan dari wakil DUN Manjoi iaitu Pn. Kamariah dan DUN Ulu Kinta iaitu Pn. Zaitun dan ucapan Ketua Muslimat DMP Tambun, Pn. Zuhairah Hj Ghazali dengan ucapannya yang berapi dan mantap.

Pada mesyuarat ini juga kutipan dana Pusat Khidmat DUN Manjoi telah dilancarkan bagi membiayai pusat tersebut.

Semoga mesyuarat pada kali ini telah banyak memberi input kepada muslimat untuk bekerja lebih kuat lagi bagi persediaan menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang tiba. Pihak DMP Tambun mengucapkan syabas dan mengharapkan agar muslimat lebih bergerak proaktif selepas mesyuarat agung ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....