SEMINAR PEMANTAPAN PENDAKWAH MUSLIMAH


RASIONAL

Kaum wanita Muslimah mempunyai tempat istimewa dalam pembinaan khairo ummah. Bagaimanapun gambaran Muslimah secara nyata dalam kehidupan ummah kini sangat mengkhuatirkan dimana kaum wanita termasuk muslimah kini menjadi komoditi pelaris dunia komersial yang sangat ganas dan mengeksploitasi kaum wanita tanpa pembelaan sewajarnya. Kes perzinaan dan pembuangan bayi kebelakangan ini semakin berleluasa sehinggakan berita-berita sebegini sudah tidak lagi mengejutkan umum. Justeru, keprihatinan pelbagai pihak harus digembleng untuk menghasilkan agenda bertindak yang akhirnya diharapkan mampu membendong gejala sosial yang melibatkan kaum muslimah khususnya dan kaum wanita amnya.

OBJEKTIF
1. Menghimpunkan tenaga pendakwah dan mengukuhkan jaringan dakwah di kalangan wanita
2. Memberi suntikan motivasi bagi memantapkan usaha dakwah di kalangan wanita.
3. Menjalin hubungan erat antara JAIP dengan kumpulan sasar.

TARIKH
6 Jun 2010 (Ahad)

TEMPAT
Kompleks Islam Ipoh/ INTIM

KUMPULAN SASAR
200 orang peserta yang akan diundang mewakili:
1. Wakil muslimah dari pertubuhan-pertubuhan dakwah
2. Guru-guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat
3. Guru-guru agama di Sekolah Kebangsaan
4. Wakil-wakil NGO
5. Masyarakat awam yang berminat

PENGISIAN
1. Pembentangan Kertaskerja 1 : Membina Muslimah Sebagai Penggerak Khaira Ummah
Oleh : Tn Haji Mohd Azmi b Abd Hamid, Presiden TERAS
2. Pembentangan Kertaskerja 2 : Peranan Muslimah Mengembalikan Izzah Ummah
Oleh : Ustazah Rubiyah Haron, Pengerusi Salimah –TERAS Negeri Kedah

ATURCARA TENTATIF
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Pembentangan Kertaskerja 1
10.00 pagi : Minum Pagi
10.30 : Pembentangan Kertaskerja 2
11.30 : Majlis Perasmian Seminar
Oleh : Syeikh Mohd Noor Mansor Al Hafiz
12.30 tgh : Jamuan Makan Tengahari
Bersurai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....