MUSLIMAT PERAK BERGERAK DI BIDANG PENULISAN

Pengarang Saudara Abdul Shukur Harun telah menulis dalam Slot Cetusan Idea di Harakah pada 9-12 Ogos 2010 bertajuk Muslimat Perak Bergerak Di Bidang Penulisan bagi memberi respon terhadap Program Blogger & Media (BMW) yang dianjurkan oleh DMPN Perak di bawah Lajnah Penerangan baru-baru ini. Antara intipati beliau bahawa program ini adalah petanda bertambahnya penulis wanita / muslimat bagi menyemarakkan dunia penulisan yang sebenarnya masih kekurangan penulis wanita bagi melahirkan isu dan cetusan mengikut fikrah Islam. Semoga lebih ramai lahirnya penulis wanita Perak apalagi dengan pelbagai isu menarik boleh diketengahkan bagi menyedarkan masyarakat terutama di blog masing-masing iaitu antara objektif proram BMW memastikan semua peserta mempunyai blog masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....