MUSLIMAT DI DEMONSTRASI MEMBANTAH REJIM HOSNI MUBARAK




Kelihatan salah seorang AJK DMP Tambun turut turun ke Demontrasi besar-besaran "Himpunan Solidariti Ummah" bersama-sama DMP Pusat pada 4 Februari 2011 (Jumaat) di Kedutaan Amerika.


Demontrasi besar-besaran "Himpunan Solidariti Ummah" akan diadakan Jumaat, 4 Februari, jam 2 petang di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak. Menurut AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, PAS dan seluruh NGO antaranya ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain-lain (71 NGO) termasuk komponan parti politik Pakatan Rakyat akan menjayakan solidariti ini.

Katanya, demontrasi ini merujuk kepada dua isu utama iaitu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat Mesir yang menuntut perubahan di negara mereka dan membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara.

"Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir," katanya. Tegas Ustaz Nasruddin, Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri diminta mengerahkan anak-anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan dalam himpunan Jumaat ini.

Tempat berhimpun telah dikenalpasti di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji. Sejurus solat Jumaat, perarakan ke Kedutaan Amerika akan dipimpin oleh Mohamad Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....