SUMBANGAN KEPADA UKHTI NOOR AIN BT MOHD NOOR

MAKLUMAT INI DIADAPTASI DARI EMAIL... HARAP KEPADA PEMBACA BLOG INI DAPAT MEMBERI BANTUAN... TERIMA KASIH...


Assalamualaikum wrt wbt...

Mohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk memberi sumbangan kepada sahabiah UITM SRI ISKANDAR PERAK  ukhti Noor Ain bt Mohd Noor, yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya pada minggu lepas dalam perjalanan membeli bahan2 makanan untuk peserta TAMRIN.


Noor Ain bt Mohd Noor, kini baru keluar dari Hospital Pantai Putri Ipoh ,
terkoyak di atas mulut, patah paha kanan, patah pada tulang telinga kiri, rahang gigi lari, gigi patah dan kaki kiri bengkak.  Beliau baru sahaja menjalani pembedahan dan akan disusuli rawatan berkala selepas ini.

Hasil kutipan boleh dimasukkan ke akaun  Noor Ain bt Mohd Noor  terus.

sumbangan kepada beliau bolehlah disalurkan ke akaun

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ( BIMB ) : 16018020217054
  atas nama (Noor Ain bt Mohd Noor)
 
Sila maklumkan jumlah sumbangan dari JPM NEGERI DAN KAMPUS antum ATAU mana2 individu yang ingin menyumbang, selepas dimasukkan ke akaun bank islam tersebut sila maklumkan jumlah yang diberi kepada :


Ust Hafez Sabri ( Pengarah JPM Perak ) ( 013-3190807 ), email: mindahafez@gmail.com

Semoga, sumbangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan dapat membantu dalam meringankan beban sahabat kita yang sedang ditimpa musibah ini. Tiada yang dapat membalasnya dengan lebih baik melainkan ALLAH SWT...insya'ALLAH.

Jazakallah...



Ustaz Hafez Sabri
( Pengarah JPM Perak )
 
 
Kronologi Kisah
 
 
Ukht Noor Ain dalam perjalanan pulang dari membeli bahan2 makanan untuk peserta Tamrin baru2 ini, selepas sahaja melepasi trafik light. Kereta yang dinaiki beliau ( kereta Wira ) dilanggar kuat oleh sebuah kereta (Toyota Corola) .

Kereta Toyota Corolla itu dipandu oleh pemandu India yang disyaki perompak yang cuba melarikan diri, kerana dalam kereta tersebut terdapat duit yang banyak dan handset ( kes ini masih dalam siasatan polis ).

Untuk maklumat shbt2,  pemandu india yang melanggar kereta shbt kita ini, telah MATI di hospital disebabkan kecedaraan yang amat parah  Kereta Toyota Corola itu masuk  ke jalan kereta noor ain dan telah melanggar kereta yang dipandu noor ain pada jarak dekat. Kereta telah berpusing 90º selama beberapa saat,  kereta remuk di tempat pemandu , noor ain tersepit  dalam kereta dan berada dalam keadaan teruk  dan beliau terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba.

Kecederaan yang dialami
Ukht Noor Ain, terkoyak di atas mulut, patah paha kanan, patah pada tulang telinga kiri, rahang gigi lari, gigi patah dan kaki kiri bengkak.

kaki kanan dan telinga kirinya telah dimasukkan besi, jahitan telah dikenakan diatas dan dalam mulut, pada giginya telah dipasang pendakap gigi.


Untuk makluman ibu bapa Noor Ain tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi bagi membiayai
  kos perubatan beliau, kos perubatan nor ain dianggarkan berjumlah 21 Ribu, dan kereta beliau Total Loss
 
Noor Ain pelajar tahun akhir semester akhir jurusan AKAUN UITM Sri Iskandar Perak  dan kini terpaksa menangguhkan semester untuk mendapatkan rawatan, jangkaan dari pihak hospital beliau memerlukan masa 4 bulan untuk pulih semula.

Kami diperingkat JPM PERAK mewakili keluarga noor ain ingin memohon jasa baik sahabat2 untuk membuat kutipan derma bagi membiayai kos perubatan beliau.

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....