APRIL FOOOOOLLL!!



DULU-DULU MASA KECIL-KECIL SERINGKALI APRIL FOOL DIJADIKAN BAHAN JENAKA... SEBENARNYA LANGSUNG TIDAK FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN APRIL FOOL... DALAM TIDAK TAHU MENAHU IKUT-IKUTLAH KAWAN-KAWAN MEMPERMAINKAN KAWAN LAIN YANG BELUM KENA APRIL FOOL. 

MENGAPA YE BUDAYA BARAT BEGITU MUDAH MENJADI IKUTAN @ PEGANGAN KITA UMAT ISLAM. KADANG KITA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ADAKAH BUDAYA YANG KITA AMALKAN MENGIKUT HUKUM SYARA' ATAU TIDAK. MUNGKIN JUGA KITA DITERTAWAKAN OLEH ORANG BARAT KERANA MUDAH SAHAJA MENIRU BUDAYA MEREKA TANPA MENYELIDIKI TUJUAN SESUATU HARI ITU DIRAIKAN. JADI MARI KITA AMBIL TAHU MENGAPA WUJUDNYA APRIL FOOL...

sumber : ttp://duniacacamarba.blogspot.com
Asal usul "April Fools" tidak jelas. Ada beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan asal usul hari yang kini seolah-olah menjadi suatu perayaan di seluruh dunia. Yang pertama, "April Fools" dikatakan mula-mula diraikan selepas pertukaran Kalendar Julian kepada Kalendar Gregorian. Ungkapan “April Fools” telah secara jenaka dirujuk kepada sesiapa yang masih menggunakan Kalendar Julian yang sepatutnya telah digantikan dengan Kalendar Gregorian. Ada juga teori yang menyatakan bahawa “April Fools” bermula pada zaman pra-Kristian. May Day (May 1) pada masa itu diraikan sebagai hari pertama musim panas yang menandakan permulaan musim penanaman. Kaitannya dengan “April Fools” apabila ada orang yang menyambut hari tersebut lebih awal, iaitu ketika masih dalam bulan April. Ada juga yang mengaitkan “April Fools” dengan tragedi berdarah lagi ngeri yang melibatkan pembunuhan orang Islam ketika Granada jatuh ke tangan orang Kristian suatu ketika dahulu. Yang berikut adalah antara sumber yang dikaitkan dengan asal usul April Fools: 

Encyclopedia Britanica Online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....