TAKPE ORANG LAIN KAN ADA....



Ketika berada di dalam dewan kuliah, seorang rakan anda tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah. Rakan itu berdiri termangu-mangu disebabkan tidak pasti dengan apa yang perlu dijawabnya. Pensyarah membuka laluan untuk pelajar-pelajar yang lain bagi membantu menjawab.   
 
Percaya atau tidak, waktu-waktu sebegini, kebanyakan pelajar yang berada dalam dewan tersebut masih teragak-agak sama ada untuk bangun memberikan jawapan atau tidak.
 
"Eh, betul ke ni jawapan aku ni? Buatnya aku bangun jawab, salah, tak ke malu aku nanti."
 
"Takpelah, nanti ada la orang bangun jawabkan."
 
Lepas Tangan
 
Anda pasti pernah mendengar atau membaca kisah Raja yang meminta rakyatnya memberikan madu sedikit seorang untuk dikumpulkan dalam tempayan besar di istana. Namun salah seorang rakyat mula berfikiran sebegini,
 
"Takpelah, aku seorang je yang letak air, orang lain mesti letak madu punya."
 
Apa yang terjadi kemudiannya? Tempayan besar itu dipenuhi AIR, bukannya MADU!
 
Dalam teori psikologi, terdapat satu istilah yang dinamakan [I]Genovese syndrome[/I], berkait rapat dengan situasi dan kisah di atas.
 
[B]Genovese Syndrome[/B]
 
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
 
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
 
Apakah bahayanya sindrom ini dalam masyarakat kita?
 
Belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
 
Rata-rata umat kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan kepada pensyarah tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai, jika begini, usahlah berkata mahu tolong saudara-saudara di Palestin, sebab semuanya itu hanyalah hasrat murni di dalam hati, takkan terjadi.
 
Buangkan sifat "tak apa, orang lain kan ada..."
 
Mahukah kita terus menjadi umat yang mundur, sering direndah-rendahkan oleh umat lain?
 
Puncanya? Tanya diri sendiri.

-SUMBER EMAIL-

Jadi tanyakan pada diri kita. Adakah kita telah menyampaikan dakwah hatta satu ayat? Setiap dari kita adalah pendakwah kecil bagi menyampaikan risalah Islam samada kepada orang bukan Islam dan kepada orang Islam yang jauh dari  Islam. Ingatlah walau sekecilpun sumbangan kita tetapi memberi kesan yang besar kepada martabat Islam. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....