MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMBUN KALI KE-24



Gerai DMPK Tambun

Buku Keluaran Khas sempena mesyuarat Agung
Pendaftaran







Perasmian bermula dengan zikir asmaulhusna, lagu Negaraku dan lagu tema PAS. Mesyuarat turut dihadiri wakil kawasan, YDP PAS Kawasan, Dr Hj Khairudin B Abdul Malik dan Setiausaha, saudara Ahmad Khair Faizal.

 Ucapan aluan pengerusi majlis
 Ucapan Penyelaras Mesyuarat Agung, Pn. Noor Carmila Bt Nan
Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Tambun
 Ucapan wakil kawasan, YDP PAS Kawasan Tambun, Dr Khairudin Hj Abdul Malik

 Ucapan Ketua Muslimat, Pn. Zuhairah Hj Mohd Ghazali
 Ucapan perasmi, Cik Salmah Ahmad, Bendahari DMP Perak

 Cenderahati kepada Jawatankusa Pemilihan, Cikgu Manaf & Cikgu Kahar
 Persembahan multimedia oleh Unit IT
 Taklimat Mengundi oleh Cikgu Manaf
 Jamuan VIP


Pilih calon yang berkaliber


 Mari Mengundi....
 Beratur menanti giliran mengundi...


' Tea break'

 Pencatat Minit bersama pemantau / perasmi

 Pelancaran Tabung Fatimah oleh Datin Seri Siti Fatimah Taat; persembahan montaj
 Kutipan Tabung Fatimah


 Ucapan Dato' Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaludin


Mesyuarat bermula






 Ucapan penangguhan DUN Manjoi
 Ucapan penangguhan DUN Ulu Kinta
 Ucapan penangguhan Ketua Muslimat


Barisan pimpinan DMPK Tambun sesi 2009-2011. Tahniah kepada yang telah dipilih sekali lagi..
 Briged Muslimat



Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, DMPK Tambun telah selesai bermesyuarat semalam, 3 April 2011 (Ahad) bertempat di Hotel Hillcity. Seramai lebih kurang 200 orang perwakilan telah hadir ke mesyuarat yang mana diwakili dari 30 cawangan masing-masing. Mesyuarat Agung DMPK Tambun telah dirasmikan oleh Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri Perak iaitu Cik Salmah Ahmad dan dihadiri wakil kawasan iaitu YDP PAS Kawasan Tambun sendiri, Dr Khairudin Hj Abdul Malik.

Mesyuarat juga telah melancarkan Tabung Fatimah dengan menjemput Penaung Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak iaitu Datin Seri Fatimah Taat bagi menyempurnakan pelancaran tabung tersebut. Datin Seri turut ditemani oleh suami tercinta iaitu tokoh yang tidak asing lagi, Dato' Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaludin yang telah turut dijemput menyampaikan sedikit ucapan isu semasa.

DMPK Tambun juga turut melancarkan kutipan Tabung Dana Pilihanraya Sarawak dengan usul dari perwakilan menderma sebanyak minimum RM5.00 seorang.

Mesyuarat bermula lebih kurang jam 12 tengahari dan terdapat 1 usul telah dibahaskan oleh perwakilan. Pada tahun ini DMPK Tambun mengekalkan jawatan Ketua Muslimat iaitu Pn. Zuhairah Hj Mohd Ghazali dan Timbalannya iaitu Pn. Salbiah Din. Sementara bagi jawatan Naib Ketua telah dimenangi oleh Pn. Yusmaliza Yusof. Ketiga-tiga jawatan adalah menang tanpa bertanding. Seramai 8 orang AJK telah dipilih oleh perwakilan dengan menggandingkan antara muka baru dan lama.

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan penangguhan dari wakil DUN Ulu Kinta dan Manjoi serta ucapan dari Ketua Muslimat. Kira-kira jam 3 petang mesyuarat telah berakhir dengan jamuan tengahari.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah dipilih dalam pemilihan pada tahun ini. Semoga diberi kekuatan dan keredhaan oleh Allah dalam melaksanakan amanah jemaah. TAKBIR!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

anakmuaallaf said...

Tahniah DMPK Tambun..ada class persiapan..

DMP Tambun said...

Syukran kerana mengikuti blog kami....

jarum peniti mak long said...

TAHNIAH...IST CLASS....

DMP Tambun said...

Alhamdulillah.... bukan niat menunjuk-nunjuk. Segala yang baik dari Allah jua.... syukran..

Post a Comment

Ulasan Anda....