PERANCIS : DEDAH PAYUDARA DIBENARKAN, PEMAKAIAN BURQA DILARANG

ADAKAH MEREKA TIDAK MELIHAT KEBAIKAN SESUATU YANG TERTUTUP, TETAPI MEMENTINGKAN SESUATU YANG TERBUKA TANPA MENYELIDIKI KEINDAHAN YANG TERTUTUPLAH YANG MELINDUNGI PERKARA YANG MEMBAWA KEJAHATAN. MANAKALA YANG TERLALU DIDEDAHKAN MENGUNDANG KEMUNGKARAN.


sumber : http://thepeace08.blogspot.com

Polis Paris menangkap 61 orang - 19 di antaranya perempuan - , menjelang penguatkuasaan peraturan larangan memakai burka  secara rasmi pada Isnin (11 / 4).Pejabat Polis bandar Paris, Nicolas Lerner berkata, mereka menangkap para pengunjuk perasaan yang akan melakukan aksi protes di Place de la Nation, sebelah timur Paris, termasuk dua ulama asal Inggeris dan Belgium yang datang ke Paris untuk menyertai dalam tunjuk perasaan  tersebut.

Polis Paris sebelumnya sudah mengeluarkan arahan untuk melarang aksi protes terhadap penguatkuasaan peraturan larangan memakai burka. Lerner mengatakan, seruan untuk melakukan aksi protes yang diedarkan oleh sebuah ormas Islam di Perancis itu, "jelas-jelas merupakan hasutan bernuansa kekerasan dan kebencian perkauman."

Kelompok Islam yang menyeru aksi protes itu menamakan dirinya Unicite Tawhib. Lerner berkata, kumpulan ini menyebarkan kenyataan melalui internet bahawa Islam akan mendominasi Perancis dan dunia. 


Selain itu, kata pegawai polis itu, kelompok Yahudi dan beberapa kelompok masyarakat yang lain, juga merancang menggelar protes ini boleh mencetuskan ketegangan didalam masyarakat.Sebahagian penunjuk perasaan yang ditangkap dibebaskan, setelah itu diminta untuk memberi kenytaan di pejabat polis . Kecuali enam orang penunjuk perasaan yang disyaki berada di Perancis secara haram, termasuk dua ulama muslim dari Inggeris dan Belgium.Pihak berkuasa di Perancis, menurut Lerner, sudah mengeluarkan surat arahan pada polis Perancis untuk menghentikan dan mengusir kedua ulama itu dari Perancis.Dua ulama itu adalah, Anjem Choudary dari Inggeris, yang juga ketua organisasi islam4uk serta Fuad Belkacem dari Belgium, ketua Sharia4Belgium yang merupakan cabang pergerakan dari islam4uk.Choudary akhirnya kembali ke British setelah ditangkap polis Perancis, dan Kementerian Luar Negeri Inggeris menyatakan bahawa Choudary secara kekal dilarang masuk ke negara Perancis.Choudary berkeras bahawa dirinya tidak menyalahi undang-undang apapun di Perancis. Beliau berkata, dasar-dasar yang dibuat kerajaan Perancis hanya akan menguatkan keyakinan kaum Muslimin bahawa kedaulatan hanya milik Allah semata-mata dan "setiap usaha untuk melawan kedaulatan itu akan ditentang dan ditolak," jelas Choudary.Dengan  larangan burka secara rasmi di Perancis pada hari ini, Isnin (11 / 4), polis Perancis berkuasa menangkap mereka yang didapati mengenakan burka di tempat awam.Namun, kementerian yang bersangkutan di Perancis sudah memberikan arahan, bahawa polis boleh menangkap mereka yang berkeras untuk menggunakan penutup wajahnya termasuk purdah, untuk keperluan pemeriksaan identiti. Pegawai di pejabat polis, harus melakukan pendekatan agar yang bersangkutan mahu membuka purdahnya, atau boleh mengenakan denda.Seorang perempuan yang berulangkali ditangkap kerana mengenakan burka di tempat awam, boleh dikenakan denda sebanyak 150 eruro dan diperintahkan untuk mengikuti kelas bimbingan. Dan sesiapa termasuk ayah, suami mahupun pemimpin agama yang memaksa perempuan memakai purdah, berdasarkan Peraturan baru di Perancis, boleh dikenakan denda sebanyak 30.000 euro atau penjara selama setahun.Kerajaan Perancis menganggarkan hanya 2,000 muslimah di negeri itu yang mengenakan burka lengkap dengan purdahnya


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....