Rakyat perlu internet, bukan e-mel percuma


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak 
menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, 
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail 
(gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat 
dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah 
sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat 
yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
“Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan 
Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia 
untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu 
yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi 
kemudahan internet percuma,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Dengan pemberian itu, tanya beliau bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya 
perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan.
Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu 
apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah.
Inim tambahnya sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat 
secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.
Menurutnya lagi, syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus 
GN3 di Bursa Malaysia.
“Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini?” soalnya.
Tambahnya, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa projek itu tidak menggunakan 
dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.
“Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia 
menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan 
kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya 
benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....