DEWAN MUSLIMAT TAMBUN RAIKAN IBU-IBU SEKITAR PARLIMEN TAMBUN

Sdri. Adila selaku pengacara majlis mengendalikan agenda program  Hari Ibu 
 Kaunter pendaftaran ibu tunggal dan peraduan mewarna kanak-kanak
Pn. Rossitah (isteri Tn. Hj. Asmuni bertudung biru di belakang), Ustaz Loqman - TYDP PAS Tambun dan Sdr. Ahmad Khair Faizal - Setiausaha PAS Tambun turut hadir ke program Hari Ibu
Ucapan Tn. Hj. Asmuni penuh info bermanfaat

 Tn. Hj. Asmuni mencabut nombor cabutan bertuah..haii..sapa la yang bertuah tuu...
Ibu tunggal menerima sumbangan daripada Tn. Hj. Asmuni
NYDP PAS Tambun menyampaikan sumbangan sebagai mewakili PAS Kawasan Tambun
 Pn. Carmila menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal  
 Pemeriksaan kesihatan dapat sambutan.. 
 Penghulu Safian turun padang berniaga bantu Lajnah Ekonomi Kawasan
 Gearai Kamawa
 En. Radhi Zainon menyampaikan ceramah " Halal dan Haram"
Cenderahati untuk En. Radhi
 Pn. Zuhairah memesan iceblended di gerai Nisa' 
 Gerai air kelapa
 Baju-baju turut dijual di Pasar Abdul Rahman Auf
Pemenang pertama peraduan mewarna kategori 7-9 tahun
Salah satu hasil mewarna kanak-kanak

Manjoi,8 April - Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun membuka tirai sesi 2011-2013 dengan menganjurkan program Hari Ibu di Pasar Abdul Rahman Auf, Jalan Pemimpin. "Program ini membuka ruang dan peluang kepada DMP Tambun menjalankan aktiviti khidmat sosial dan mendekati golongan wanita  di dalam Parlimen Tambun," kata Pengarah Program Hari Ibu Saudari Teh Umairah dalam ucapan beliau.
Dalam program ini, seramai 21 orang ibu tunggal daripada Dun Manjoi dan Dun Ulu Kinta menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Asmuni Awi, AJK PAS Pusat. Beliau yang juga merupakan seorang peguam telah merasmikan program Hari Ibu ini antara lain beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada saf kepimpinan DMP Tambun yang telah berjaya menganjurkan program ini. Dalam ucapannya, beliau juga menekankan hal berkaitan hak-hak wanita yang perlu diketahui oleh wanita yang telah berkeluarga.
Program ini turut diselitkan dengan peraduan mewarna yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori umur 5 - 6 tahun dan 7 - 9 tahun. Acara cabutan bertuah turut menyerikan aturcara program di mana hadiah cabutan bertuah ini ditaja oleh gerai-gerai yang ada di Pasar Abdul Rahman Auf seperti Uncle Bob, Kamawa, Gerai Taman Meru dan beberapa gerai lain lagi.
Tn. Hj. Asmuni telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal. Sumbangan turut disampaikan oleh wakil PAS Kawasan iaitu Tn. Hj. Jamaludin, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun diikuti penyampaian sumbangan oleh Pn. Carmila mewakili DMP Tambun.
DMP Tambun tidak melupakan anak-anak kecil yang hadir dengan menyediakan tayangan video kartun mendidik jiwa mengisi waktu senggang.
SYABAS DMP Tambun semoga program kemasyarakatan ini dapat diteruskan dan dibuat dalam pelbagai variasi pada masa akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....