3 SRIKANDI BERSIH 2.0 DIANUGERAHKAN SIJIL DALAM IFTAR JAMA'IE ZON BANDARAYA

 Pn. Khamisah(kanan) dan Ustzh Norhayati bergambar bersama sijil penyertaan dalam Bersih 2.0
 Ayuh kita realisasikan!
 Nyanyian lagu PAS...
 Guru PASTI menerima saguhati raya daripada Ketua DMP Tambun
 Terima kasih Kak Ju...........
 Solat Maghrib berjemaah
 Emm..sedap!Kari daging+sambal belacan+ulam......
 Antara muslimat yang hadir............
 Stanby!Menunggu waktu berbuka....
Mengambil juadah berbuka puasa....
13 Ogos- PAS Tambun telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Ijtima' Zon Bandaraya kali ini bertempat di KDAS 2.Turut disertai oleh kawasan-kawasan lain seperti Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng, Kampar dan Batu Gajah.Antara pimpinan negeri yang turut serta dalam majlis ialah Tn. Pesuruhjaya,Ust. Abu Bakar, Timb. Pesuruhjaya 1, Ust. Misbahul Munir, Ketua Lajnah Kebajikan Negeri, Ust. Fakhrudin.Dalam ucapan oleh Tn. YDP PAS Kawasan Tambun,Dr Khairudin Abd. Malik berkongsi bentuk-bentuk program2 yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh PAS Kawasan. Dalam majlis ini,Guru-guru PASTI Tambun diberi saguhati raya.  Acara yang menarik perhatian hadirin ialah penganugerahan sijil oleh Tn Pesuruhjaya PAS Negeri kepada peserta BERSIH 2.0 Tambun yang telah tertangkap sewaktu menyertainya di mana 3 wakil muslimat Tambun adalah antara penerimanya iaitu Pn. Khamisah, Ustz. Norhayati dan Pn. Asfahan. Semoga ia mampu membakar semangat juang muslimat yang lain. Redha Allah jua yang kita cari. ALLAHUAKBAR!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....