BAJET PR : BELANJAWAN SEJAHTERA 2012 MANFAAT KEPADA WANITA

Fokus Belanjawan Sejatera 2012 untuk wanita :

1.Penglibatan wanita sebanyak 30 peratus dalam senarai penjawat awam 
2.bayaran RM 1,000 bagi tahun 2012 kepada suri rumah yang layak.
3.Elaun penjagaan anak sebanyak RM 700 setahun kepada mereka yang mempunyai anak dibawah 12 tahun bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM 1,500
4.Lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak bertauliah ditubuhkan dengan insentif cukai bersesuaian.
Pakatan Rakyat telah menetapkan peruntukan sebanyak RM 3.6 bilion yang merupakan satu permulaan. Tidak termasuk insentif tidak langsung melalui program latihan dan seumpanya seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan Sejahtera
Penyertaan 46% golongan wanita dalam sektor buruh di Malaysia adalah antara yang terendah di Asia.Justeru Pakatan Rakyat menetapkan dasar mempertingkat peratusan wanita bekerja kepada 55 peratus.
Berbanding Pakatan Rakyat, kerajaan Barisan Nasional tidak komited untuk membela nasib wanita.
Pindaan terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga (2011) adalah contoh tertundanya pemerkasaan terhadap hak-hak wanita. Pindaan mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya diluluskan.Sedangkan di Selangor, cuti bersalin 3 bulan (diberi) untuk kakitangan wanita kerajaan negeri, termasuk lantikan ke jawatan-jawatan penting seperti yang dibuat di Pulau Pinang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....