KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

 Ucaptama oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Muslimin muslimat memenuhi ruang Dewan Milenium Kepala Batas
 Penuh! Segenap sudut dewan dipenuhi perwakilan dan pemerhati
Ucapan penutup oleh Mursyidul Am PAS, Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

1 Oktober 2011 - Dewan Milenium,Kepala Batas melakar memori manis buat PAS dengan kejayaan penganjuran Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang dihadiri oleh ribuan ahli PAS seluruh Malaysia.
Sambutan ini adalah untuk memperingati perjalanan perjuangan Pas selama 60 tahun dalam arena politik tanah air.Perasmian telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Dalam ucaptamanya beliau berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.
"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.
Kepercayaan terhadap PAS mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.
Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat disokong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.
Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.
Dalam kongres kali ini anugerah "Pahlawan Umat" telah diberikan kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi yang diterima isteri beliau.Terdahulu, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang dideklamasikan oleh Datuk A.Samad Said,Saterawan Negara.
Selain itu, dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Pemikiran Dr Burhanuddin Helmi dan Zulkifli Mohamad Dalam Pembentukan Gagasan Perjuangan Pas" dan "Peranan Dan Sumbangan Pas Dalam Peta Politik Negara Sesudah 1969 Hingga Kini".
Kongres ini dilihat amat berjaya bukan sahaja dari aspek penganjuran malah bakal memberikan impak besar khususnya buat perjalanan politik PAS di Malaysia untuk berhadapan dengan Pilihanraya akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....