HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI Kawasan Tambun yang meriah

HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI Kawasan Tambun telah diadakan pada 20 November 2011 yang lepas di Dewan bersebelahan Jabatan Bomba Perak. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan menyaksikan kesemua 12 buah PASTI di kawasan Tambun turut mengambil bahagian dalam persembahan. Majlis dirasmikan oleh AJK PAS Pusat iaitu Tn Hj Asmuni Awi.


 Guru bersama-sama anak murid PASTI dari PASTI Nurul Islam, Taman Meru...
 Persembahan khutbah oleh adik Mus'ab dari PASTI Nurul Islam, Taman Meru.
Tajuk khutbah yang disampaikan:
"MENINGGALKAN SOLAT PUNCA KERUNTUHAN GENERASI MANUSIA"

 Persembahan Azan dan solat subuh dari PASTI Al-Harakiah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan II
 Adik-adik PASTI yang telah dididik cara menunaikan solat..
 Persembahan nasyid....
 Persembahan zikir kifarah....
Persembahan hafazan dari PASTI Al-Ukhuwah Taman Malar
 Tuan Haji Asmuni Awi, tetamu khas selaku AJK PAS Pusat menyampaikan cenderahati kepada adik Noor Sumaiah kerana berjaya merangkul Johan Kebangsaan dalam pertandingan Pidato PASTI Malaysia. Tn Hj. Asmuni juga telah bermurah hati menyumbang 2 buah basikal untuk adik-adik PASTI yang cemerlang.

 Tidak dilupakan, cenderahati berupa selimut toto untuk guru-guru PASTI disampaikan oleh wakil Dewan Muslimat Tambun, Pn. Yusmaliza Yusof, Naib Ketua DMP. DMP juga bermurah hati menyumbangkan hadiah untuk cabutan bertuah berupa barangan elektrik.
Penyampaian cenderahati dari wakil PAS Kawasan Tambun, Cikgu Manaf

Penyampaian cenderahati dari wakil Pemuda PAS Tambun.

Juga anugerah akademik terbaik bagi setiap PASTI. PASTI Kawasan juga turut memberikan cenderahati untuk semua pelajar PASTI Kawasan Tambun. Oleh itu, tiada adik-adik PASTI yang pulang dengan tangan kosong pada hari itu :) Semuanya pulang dengan piala masing-masing :)

Dipetik dari ucapan perasmi, Tn Hj Asmuni Awi, jangan kedekut untuk melaburkan duit demi pembangunan insan kerana anak-anak yang dididik dengan nilai Islam akan memastikan pula perjuangan Islam terus subur dan mewangi di bumi Allah dan menggantikan perjuangan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....