ZOOM 360 : HI-TEA DHPP TAMBUN

DHPP TAMBUN RAIKAN MASYARAKAT INDIA DALAM MAJLIS HI-TEA

19 November 2011, Tambun – DHPP Tambun telah mengadakan majlis jamuan hi-tea bersama masyarakat India Taman Klebang Jaya. Majlis dihadiri lebih 60 orang turut disertai oleh Dr. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, YDP Pas Tambun, Saudara Ahmad Khair Faizal Yahaya, Setiausaha PAS Tambun, Pn. Zuhairah Dato’ Hj Ghazali, Ketua  Muslimat PAS Tambun, AJK DHPP Tambun, Tn. Hj. Asmuni Awi, AJK Pas Pusat, AJK muslimat PAS Tambun dan muslimat zon Klebang. Hi-tea yang diadakan ini telah menerima kunjungan istimewa iaitu Cik Kumutha Raman, Ketua Wanita DHPP Pusat. Dalam ucapannya, Cik Kumutha antara lain menyeru mereka yang telah mencecah umur 21 tahun untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini bertujuan bagi melaksanakan tanggungjawab untuk memilih kerajaan yang layak memerintah Malaysia dalam pilihanraya ke-13 akan datang. Di samping itu, beliau juga mengingatkan masyarakat untuk menilai bahan-bahan dan maklumat yang disiarkan dalam media massa yang dikuasai UMNO BN. “Tengok dan baca boleh, tapi percaya jangan” pesan beliau. Cik Kumutha turut mengupas konsep 1 Malaysia yang disifatkan oleh beliau sebagai tidak mencapai matlamat hanya tin kosong oleh UMNO BN. “Kalau betul konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kenapa harga barang naik? Ini bukti kebajikan rakyat dikesampingkan.” ujarnya. Isu rasuah yang mengelilingi kehidupan pemimpin UMNO turut disentuh dalam ucapannya. Beliau membuat perbandingan kehidupan Khir Toyo dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Khir Toyo memiliki banglo mencecah jutaan ringgit yang dikaitkan dengan rasuah berbanding Tuan Guru, rumah sederhana besar.  Turut berucap dalam majlis hi-tea ini Pn. Zuhairah, Ketua Dewan Muslimat Pas Tambun, Dr.Khairuddin Dato’ Abdul Malek, YDP Pas Tambun dan En. Thanimalai, wakil DHPP.

Cik Kumutha kemudiannya dibawa menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian dan wang tunai di dua buah rumah penduduk setempat iaitu Saudara Kati Kasu A/L Sinathamby dan Saudara Sures Kumar A/L Muniandy, 29 tahun . Turut bersama beliau menyampaikan sumbangan ialah Tn. Hj. Asmuni Awi, AJK Pas Pusat.

 Sematan bunga rosette menyambut ketibaan Cik Kumutha
 Silakan...
 Antara tetamu yang hadir
 Prihatin...
 Tempat majlis Hi-tea diadakan 
 AJK DMP Tambun yang turut hadir
 Pn. Yusmaliza bertindak sebagai juruacara majlis
 Terima kasih sudi datang....
 Ucapan ringkas daripada Pn. Zuhairah, Ketua DMP Tambun
                                               
 Ucapan daripada Dr. Khairuddin, YDP Pas Tambun
 Tn. Hj. Asmuni Awi, AJK Pas Pusat, Sdr. Ahmad Khair Faizal, S/U Pas Tambun, En. Munusamy,wakil DHPP Tambun dan Sdr.Thanimalai
 Respon kehadiran yang sangat baik dari masyarakat India Klebang Jaya
 Cik Kumutha menyampaikan ucapan
 Ucapan disampaikan dalam 2 versi-bahasa Melayu dan Tamil
 Cik Kumutha menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Asmuni
 Tose, meehun dan kuih antara menu yang disediakan
 Cik Susila - "PAS dekat dihati"

 menjamu selera...
 Muslimat yang banyak membantu ... terima kasih
 Menyelerakan..!
 menuju ke rumah Sdr. Kati Kasu
 Rumah yang dibina secara gotong-royong oleh Jabatan Amal Tambun/Pemuda
 Sumbangan untuk Sdr. Kati Kasu
 Tn. Hj. Asmuni bertanyakan sesuatu kepada Sdr. Kati Kasu
                                 
 Keadaan luaran rumah yang didiami oleh Sdr. Kati bersama ibunya
                                      
 Sdr. Sures Kumar yang terlantar setelah kemalangan 4 bulan lalu

 Sedikit sumbangan...
 Tn. Hj. Asmuni menyampaikan sedikit bantuan kewangan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....