SOROTAN PROGRAM HALWA - GET READY HALWA

Program Get Ready Halwa telah diadakan pada 8 Oktober bertempat Pusat Motivasi At-Taqwa, Taman Meru. Bermula jam 9 pagi, program dimulakan dengan ucapan dari Ketua DMP Tambun, Pn. Zuhairah Hj Mohd Ghazali. Program diteruskan dengan pembentangan dari AJK PAS Pusat  dan Negeri Perak juga dari Jabatan Pilihnaraya Perak iaitu Tn Hj Asmuni Awi. Akhir sekali tetamu yang dijemput khas untuk menyuntik motivasi kepada muslimat ialah Ketua DMPN Perak iaitu Dr Najihatussolehah Ahmad. Program ini disertai oleh semua petugas muslimat Kawasan Tambun bagi memberi input pilihanraya dan motivasi bagi memantapkan gerak kerja pilihanraya.

 Antara objektif Get Ready Halwa
· Suntikan motivasi kepada petugas muslimat bagi menghadapi gerak kerja pilihanraya
· Memastikan muslimat benar-benar bersedia digerakkan dan mampu menerima arahan pimpinan pada bila-bila masa
· Apabila semboyan perjuangan telah dibunyikan, bermakna muslimat telah berada di barisan hadapan untuk menginfakkan diri bertugas dengan penuh komitmen










Ucapan Ketua DMPK Tambun





Pembentangan AJK PAS Pusat, Tn Hj Asmuni Awi



Ucapan dan pembentangan Ketua DMPN Perak, Dr Najihatussolehah Ahmad







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....