NAJIB GADAI AQIDAH RAI THAIPUSAM

Tindakan Najib dan "isteri tercintanya" menyambut perayaan keagamaan masyarakat India, Thaipusam di Batu Caves sangat mengecewakan dan mempermainkan aqidahnya sebagai umat Islam.Apa yang  boleh dikatakan Najib memang sudah melampau! Dek kerana agenda politiknya meraih sokongan masyarakat India di negara ini, beliau sanggup dilayan seperti seorang dewa.
SS Dato Mufti Perak, Harussani juga menempelak kelakuan Najib ini sebagai penggadai aqidah! “Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka." "Najib sudah dinasihati setiap tahun tapi masih berdegil.."
J. D. Lovrenclear dalam tulisannya menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.Pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan Thaipusam seolah-olah begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata. Kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?

Gambar-gambar Najib dan Rosmah di kuil Batu Caves
 Kenapa berhabisan duit untuk sediakan kalongan bunga yang besar? Masih ramai warga miskin tegar di negara ini yang perlu dibantu wahai Najib....
 Astaghfirullah.....Najib kembalilah ke pangkal jalan..!
Astaghfirullah...wahai rakyat Malaysia tak boleh fikir-fikirkan lagi ke..?
Bismillahirrahmanirrahim...
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.
(Al-Kafirun : 1-6)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....