ZOOM 360 : Himpunan Halwa Remaja Perak (HARAP)

HARAP himpun beliawanis seluruh Perak
29 Januari 2012 - Pusat Tarbiyah PAS Tambun menerima kehadiran beliawanis daripada seluruh Perak dalam program Himpunan HALWA Remaja Perak Ahad lalu. Kehadiran yang begitu memberansangkan memberi isyarat bahawa beliawanis PAS Perak cukup bersedia menerima tiupan wisel untuk mengerahkan tenaga menjelang PRU 13. Wacana pengisian yang disampaikan oleh Pn. Amizan Baharudin selaku Pengarah Pilihanraya DMP Pusat merangkap Pengarah Halwa JPN Perak meniupkan roh semangat kepada setiap jasad remaja HALWA yang hadir pada petang itu. Semangat itu kemudiannya terus ditiupkan dengan pengisian slot daripada YB Senator Mumtaz Md Nawi yang penuh dengan roh jihad. Semoga himpunan ini terus menjadi pembakar semangat kepada muslimat muda di Perak ke arah membantu kemenangan PAS khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya pada PRU 13 nanti. ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !






  



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....