LENSA RESCUE : RIBUT LANDA MERU 2C

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

18 April 2012, Meru - Tiada siapa dapat menduga atau meneka, hujan renyai yang turun tiba-tiba datang bersama ribut yang menerbangkan kepingan bumbung 4 buah rumah penduduk di Taman Meru 2C 1.30 tengahari tadi. Skuad Kebajikan Muslimat Tambun yang tiba pada jam 7 malam dapat merakamkan suasana tersebut. Terdahulu, Tn. Hj. Asmuni, AJK PAS Pusat telah menziarahi mangsa ribut ini. Skuad Kebajikan Muslimat difahamkan bahawa Unit Amal Tambun akan bergotong-royong memasang atap rumah mangsa pada sebelah malam. Salah seorang mangsa yang ditemui, Pn Fadhilah berkata beliau redha dengan ujian Allah ini. Menurut anaknya Cik Munirah, kali terakhir ribut pernah melanda taman ini sekitar 2006 namun hanya kerosakan kecil sahaja yang berlaku tidak seperti ribut yang melanda pada kali ini. Semuanya ada hikmah. Syabas kepada Unit Amal Tambun dan PAS Tambun serta Dewan Muslimat PAS Tambun yang mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa ribut ini. "TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA"
Keadaan rumah Pn. Fadhilah...


Pn. Fadhilah kelihatan tenang menerima ujian daripada Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....