ZOOM 360: ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-14

Tanggal 13 Disember 2011, Mesyuarat Khas Raja-raja kali ke - 227 telah membuat ketetapan bahawa Tuanku Sultan Kedah,  Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong ke-14 manakala Tuanku Sultan Kelantan, Tuanku  Sultan Muhammad V telah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk tempoh 5 tahun. Istiadat pertabalan ini telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta pada tarikh bersejarah 11 April 2012.
 Sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957, inilah buat julung kalinya, seorang sultan ditabalkan buat kali yang kedua dalam sejarah negara ini.Kali pertama Seri Paduka Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong ialah pada 21 September 1970 - 20 September 1975 selaku Yang di-Pertuan Agong yang ke-5. Semoga negara Malaysia bertambah makmur dan aman di bawah naungan Tuanku. DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
Istiadat pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

        Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....