ZOOM 360: SEKITAR MESYUARAT AGONG DMPK TAMBUN KE-25


 Tanggal 1 April 2012 / 9 JamadilAwal 1433H cukup memberi makna kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun kerana genap 25 tahun usia penubuhan dewan ini sekaligus menempa JUBLI PERAK dengan tema pada kali ini 'MENERAJUI PERUBAHAN MENJANA KEMENANGAN'. Ia turut memberi makna tersendiri apabila mesyuarat ini telah diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru yang masih baru beroperasi kira-kira 4 bulan yang lalu.  DMPK Tambun semakin matang dalam mengharungi arus persada politik khususnya di Tambun ini. Setiap kesukaran, kepayahan dan jerit lelah yang menuntut tidak sedikit tenaga perlu disumbang kepada PARTI ISLAM SeMALAYSIA tercinta ini semakin menampkkan hasil. Bilangan Jawatankuasa Muslimat Cawangan yang semakin bertambah kepada 33 cawangan membuktikan komitmen muslimat untuk sama-sama membantu menegakkan syiar Islam melalui medium PARTI ISLAM SeMALAYSIA khususnya di Tambun. Pada mesyuarat agung kali ke-25 ini, Dr. Najihatussalehah  bt. Ahmad telah sudi hadir sebagai perasmi. Walaupun dalam kesibukan beliau sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Perak  namun masih berupaya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan muslimat Tambun. Terima kasih Dr. !
Sementara dalam ucaptama yang telah disampaikan oleh Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah bt. Dato' Hj. Ghazali menekankan:
1. kepentingan pentarbiyahan pimpinan dan ahli
2. pemantapan muslimat dalam gerak kerja pilihanraya
3. wanita perlu menerajui perubahan
4. gerakan ekonomi dan dana pilihanraya
5. remaja dan ict
6. perlunya muslimat menyantuni rakyat
Turut memberikan ucapan ialah Naib Yang DiPertua PAS Tambun, Tn. Hj. Jamaluddin bin Hashim mewakili PAS Tambun. Kehadiran muslimat yang memenuhi setiap ruang Pusat Tarbiyah ini amat mengkagumkan Tn NYDP ini walaupun pelaksanaan masa mesyuarat ini diadakan pada sebelah petang. SYABAS kepada semua muslimat yang telah hadir. Walaubagaimanapun, pujian ini jangan harus melalaikan muslimat sekalian. Perkara terpenting adalah persediaan semua muslimat dalam gerak kerja di cawangan mahupun di UPU bagi menghadapi PRU ke-13. AYUH MUSLIMAT SEKALIAN! BERSEDIA UNTUK BEKERJA SECARA ON-CALL !
 Ketibaan Dr. Najihatussolehah perasmi Mesyuarat Agung DMPK Tambun kali ke-25

 Muslimat yang hadir sebagai perwakilan dan juga pemerhati
 Ucapan aluan Penyelaras Mesyuarat Agung
 Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun
 Ucapan wakil PAS Kawasan, Tn. Hj. Jamaluddin, NYDP PAS Tambun
 Ucapan perasmian oleh Dr. Najihahtussalehah, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak

Pengorbanan seorang mujahidah... Anak dikelek bersama-sama ke Mesyuarat Agung..
 Antara muslimat yang hadir
 Dari kiri: Sdr. Ahmad Khair Faizal, S/U PAS Tambun dan Tn. Hj. Janahuddin antara wakil PAS Tambun yang hadir
 Saf perwakilan muslimat 
 Memotong kek simbolik sempena JUBLI PERAK Mesyuarat Agung DMPK Tambun kali ke-25
 Penyampaian cenderahati kepada perasmi
 Tayangan aktiviti muslimat ..
  Dua srikandi,mujahidah memimpin negeri dan kawasan...

 Persiapan untuk memulakan mesyuarat oleh pimpinan DMPK Tambun
 Bersedia..mesyuarat dimulakan...
 Pengerusi Tetap, Pn. Roslina memulakan sesi mesyuarat
 Membentang laporan tahunan 2011-2012

 Antara muslimat yang mengambil bahagian menyampaikan pendapat
 Pn. Kamariah tidak melepaskan peluang untuk bercakap...
Muslimat Bandar Baru Putra..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....