ZOOM 360: SEMINAR KESEDARAN PILIHANRAYA PARLIMEN TAMBUN

15 April 2012 - Taman Meru: Pakatan Rakyat Parlimen Tambun meneruskan hayunan langkah ke arah pemantapan gerak kerja pilihanraya. Biarpun PRU 13 masih menjadi rahsia UMNO BN, namun Pakatan Rakyat khusus di Parlimen Tambun sudah tidak menghiraukan lagi bilakah tarikhnya. Persiapan dan persediaan dibuat dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Seminar Kesedaran Pilihanraya Parlimen Tambun yang telah diadakan di Kompleks Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru membuktikan kerjasama yang erat di antara PAS Kawasan Tambun dan PKR Chabang Tambun. Kehadiran ahli-ahli daripada kedua-dua parti komponen yang memenuhi ruang membuktikan masing-masing berusaha menambahkan ilmu pilihanraya dan info-info terkini daripada panel pembentang jemputan. Seminar dimulakan pada jam 3.00 petang Slot 1 pembentangan oleh Yb Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah menyuntik semangat kepada para peserta. Penekanan kepada isu-isu nasional dan pengurusan ke arah PRU 13 cukup bermanfaat. Rangkuman pembentangan beliau dari PRU 1969 sehingga PRU 12 (2008) menampakkan keputusan peningkatan pengundi kepada Pakatan Rakyat. UMNO BN sudah tidak relevan kepada rakyat di negara ini.
Slot 2 menampilkan pembentang Sdr Saifullah Zulkifli, Pen. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang menggantikan Che'gu Bard yang tidak dapat hadir. Beliau telah membentangkan pola pengundi Malaysia khususnya pengundi muda dan data-data pilihanraya hasil kajian yang telah dilakukan kepada pengundi. 
Mendengar sahaja tidak cukup ! Ayuh kita mulakan langkah gerak kerja yang lebih kompeten !
 Dr. Khairuddin, YDP PAS Kawasan Tambun memberikan ucapan aluan
 Dr. Mujahid (2 dari kiri) pembentang slot pertama seminar
 Gaya bersahaja... mencuit hati peserta seminar yang hadir..
 Dr. Mujahid berkongsi pengalaman dan ilmu pilihanraya
 Para peserta kusyuk mendengar pembentangan
Peserta seminar daripada Parti Islam SeMalaysia dan PKR Parlimen Tambun 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....