ZOOM 360:MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KE-26


22 April 2012, Tambun - Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun kali ke-26 telah berlangsung dengan jayanya di Ritz Garden Hotel. Majlis perasmian mesyuarat agung telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak. Dalam ucapan beliau menekankan kempen jom tambah  ahli disamping memperkuatkan jentera pilihanraya parti. Beliau turut menekankan aspek kekuatan logistik dengan membuat pemantauan di semua UPU disamping mengaktifkan dana pilihanraya. Para perwakilan dan pemerhati juga diingatkan untuk memperlihatkan kekuatan parti kepada musuh dan perlu jelas dengan musuh parti yang sebenar dengan tidak menimbulkan apa-apa perbalahan kepada rakan parti Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dalam ucaptama oleh Dr. Hj. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek,Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, 5 misi yang disasarkan menuju 2015:
1. Ahli seramai 4000 orang
2. Bilangan cawangan sehingga 45
3. memiliki sebuah rumah kedai dengan nilai sekitar RM400,00
4. mempunyai koperasi dengan 1000 keahlian dan keuntungan sehingga RM100,00 setahun
5. Kelas dhuha mingguan dan ijtima' kawasan yang berdaya maju dan dihadiri lebih 1000 orang
Untuk mencapai misi ini, Tuan YDP mengajak semua perwakilan dan pemerhati untuk terus menggilap keikhlasan, melipat gandakan kesabaran dan pengorbanan dan sentiasa meletakkan kepentingan jamaah melebihi kepentingan individu dan kelompok.

 Dari kiri:Pn. Hajah Nor Ain, isteri Pesuruhjaya PAS Perak dan Pn. Norazian, isteri YDP PAS Tambun
 Nyanyian lagu PAS bergema dalam Dewan Hotel Ritz Garden
 "Satukanlah niat yang cuci..."

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran membuka tirai mesyuarat agung                                                         
Ucapan YDP PAS Kawasan Tambun bernas dengan idea memaju dan mencemerlangkan parti

 Saf perwakilan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun
 Ucapan Tuan Pesuruhjaya PAS Perak penuh peringatan kepada perwakilan dan pemerhati
Kiri : Pn. Zuhairah, Ketua DMP Tambun
 Dari kanan: YB Hj. Zainudin, Sdr. Khalilurrahman dan Tn. Hj. Asmuni Awi antara jemputan yang hadir

 Sidang mesyuarat ditangguh untuk jamuan pagi
Mesyuarat agung bermula.....

 Tn. Hj. Fuadi, perwakilan dari Taman Meru
 Sdr. Azmi menjawab soalan perwakilan
 Terima kasih pencatat minit.. Sdri Mariam dan Sdri Azhani
 Lembut namun penuh ketangkasan Briged Muslimat !
Perwakilan DMP... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....