PAS AKAN SAMAN BEKAS KPN LABEL TGNA BAPA KAFIR

PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa."Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.
Dipetik dari FB TG Nik Aziz.. "Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen."Pendek dan tidak melenting sama sekali meskipun tuduhan yang dilontarkan buatnya adalah sesuatu yang berat..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....