ZOOM 360: KONVENSYEN RAKYAT PERAK

1 Mei 2012, Ipoh- Konvensyen Rakyat Perak yang berlangsung sejak semalam di Dewan Bulan Sabit Merah dekat sini mempamerkan penganjuran yang berjaya. Ia dilihat sebagai satu kejayaan besar dalam mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat khususnya di Perak. Konvensyen pada kali ini, melahirkan satu fenomena baru dan melegakan di mana para pembahas adalah daripada kalangan orang muda yang cukup berketerampilan. Jelas, Pakatan Rakyat sudah punya pelapis yang boleh diharapkan untuk memikul amanah besar. 
Slot pada pagi ini telah dimulakan dengan ucapan Pengarah Konvensyen iaitu, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek, Seterusnya agenda konvensyen diteruskan dengan ucapan daripada Sdr. Rafizi Ramli, yang banyak membongkar kedangkalan dan kebobrokan UMNO-BN. Yb Tony Phua yang meneruskan ucapan sejurus selepas itu turut menjelaskan beberapa isu-isu penting yang harus diketahui oleh ahli Pakatan Rakyat dan masyarakat awam umumnya. Smentara  Yb Dr Mujahid Yusof Rawa tampil dengan membawa para peserta konvensyen menyelami sejarah pembentukan Pakatan Rakyat. Menurut beliau, ahli Pakatan Rakyat Perak harus berasa bangga kerana pembentukan parti bersekutu dibawah panji Pakatan Rakyat bermula di Perak.
Majlis konvensyen selepas itu memberi ruang kepada ucapan wakil-wakil NGO yang turut menyumbang bakti dan memberikan sokongan padu kepada PR Perak di antaranya ABIM Perak, Persatuan Gabungan Mahasiswa Perak dan beberapa lagi NGO lain. Pada sesi petang pula, konvensyen diteruskan dengan perbahasan daripada wakil-wakil parti.




 Pendaftaran peserta konvensyen
 Ruang dewan penuh !
 Nyanyian lagu tiga parti

Dr. Muhaimin bertindak sebagai pengerusi majlis  
 Ucapan Dr. Khairuddin selaku Pengarah Konvensyen Rakyat 
 Sdr Rafizi Ramli, ucapan beliau menegaskan janji PR kepada rakyat
 Yb. Tony Phua membongkar isu-isu semasa melibatkan UMNO-BN
 "Kenal sejarah PR" - Dr. Mujahid
 Tayangan slide
 Ustaz Akmal mempengerusikan slot ucapan wakil-wakil parti
Pembahas daripada wakil-wakil parti
 Wakil DAP
 Wakil PKR-Sdr Tan Kar Hing
 Wakil PAS - Sdr Ahmad Khair Faizal Yahaya 
 Wakil pemuda- Sdr Fairul
 Wakil pemuda 
 Wakil wanita - Pn Rosinah (PKR)
 Orang muda...hujahnya bernas dan tepat
 Ustaz Ibrahim - wakil Ulama'
RESOLUSI KONVENSYEN PR 2012
 Sesi petang bersama pimpinan tertinggi PR
 Dato' Seri Anwar Ibrahim tekun mendengar ucapan pimpinan PR Perak
 Simbolik perpaduan antara rakan parti PR

Dato' Seri Anwar menyampaikan ucaptama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....