ZOOM 360 : MUKTAMAR DMPN KE-49

13 MEI 2012, Ayer Kuning -  Muktamar Dwan Muslimat PAS Negeri Perak kali ke-49 berlangsung dengan lancar membawa tema "Muslimat Pemacu Kemenangan Penggerak Negara Berkebajikan". Seramai lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati daripada seluruh kawasan di Perak hadir. Pada sidang muktamar kali ini, Yb. Dr Hajah Halimah Ali telah sudi hadir sebagai perasmi. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 Perak, Tn. Hj Razman turut hadir mewakili Badan Perhubungan PAS Perak. Dalam ucapan Yb Dr Hajah Halimah, antara lain beliau menegaskan perlunya muslimat memahami sebab-sebab perlunya memenangi pilihanraya yang bakal menjelang barulah dapat diterjemahkan dalam tindakan yang lebih tersusun dan mapan. Beliau juga mengingatkan kepada para perwakilan dan pemerhati daripada 24 kawasan di Perak yang hadir agar mempamerkan Islam yang dibawa oleh PAS boleh dirasai oleh bukan sahaja umat Islam khususnya malah non-muslim juga. Kata beliau lagi, semua ahli PAS perlu memiliki "successful thinking" berdasarkan kandungan intipati surah Al Fath. Tambah beliau kita semua adalah mata-mata rantai perjuangan rasululllah s.a.w. Terdahulu Dr Najihatussalehah Ahmad, Ketua Muslimat PAS Perak telah menyampaikan ucaptama di mana beliau telah menggariskan 6 perkara yang perlu dilakukan oleh muslimat dalam memastikan kemenangan:
1. memiliki aqidah perjuangan
2. keikhlasan yang tulus terhadap perjuangan
3. komitmen dan istiqomah dalam perjuangan
4. dengar dan taat arahan pimpinan
5. sanggup berkorban demi perjuangan
6. tidak gentar terhadap ancaman musuh
Muktamar kali ke-49 ini, membahaskan dua usul daripada Dewan Muslimat PAS Tambun dan kedua-dua usul ini telah diterima oleh para perwakilan. Satu usul tergempar telah diusulkan oleh Dewan Muslimat PAS Perak juga diterima sebulat suara oleh para perwakilan.


 Pendaftaran peserta
Nyanyian lagu Negaraku, Perak dan PAS
 Satu nada, satu suara

Ucapan Aluan Penyelaras Muktamar DMPN

Yb. Dr Hajjah Halimah Ali, Perasmi Muktamar DMPN ke-49

ANUGERAH MANTAN 
KETUA MUSLIMAT KAWASAN

Pn. Hajah Hanipah, mantan Ketua Muslimat Tambun 
Penghargaan buat mantan Ketua Muslimat PAS Perak, Ustz. Hajah Bariah Alang Sapri
Pembahas usul  1 DMP Tambun
Pembahas usul 2 DMP Tambun
Saf perwakilan DMP Tambun
 Membakar akhbar NST simbolik penerimaan usul tergempar membantah tuduhan Tan Sri Rahim  Noor, bekas KPN yang menuduh Tn. Guru Nik Aziz Nik  Mat "father of kafir"
"Doa senjata orang mukmin"  doa dipohonkan kepada Allah untuk selamatkan Islam dan hancurkan kuffar
S/U DMP Tambun menyampaikan ucapan penangguhan
Perwakilan DMP Tambun bergambar bersama Dr Najihatussalehah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....