Agenda Wanita Malaysia cetusan Wanita PR

Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) merangkumi dasar bersama mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup yang berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda.
AWM menekankan tiga elemen utama iaitu
1.pemberdayaan,
2.pengiktirafan dan
3.pelaksanaan.
Bagi mencapai matlamat ini, AWM berhasrat menubuhkan Pusat Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional bagi merealisasikan keberkesanan undang-undang yang merangkumi penubuhan baru dan pemberdayaan pusat krisis sedia ada, penambahan pusat kaunseling dan pemberdayaan NGO yang mendokong usaha ini.
Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng, mereka berkata, penubuhan Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) sangat penting bagi melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing dalam masyarakat.Selain itu, caruman sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana, kemalangan atau kematian.Wanita Pakatan Rakyat juga berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 sebulan daripada Pakatan Rakyat khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita di dalam masyarakat.
 
Sumber : Harakahdaily

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....