ZOOM 360:JELAJAH PERAKITE DI TAMBUN

 21 Oktober 2012, TAMBUN - PAS Tambun menerima kunjungan beberapa orang wakil daripada PAS Pusat dan pimpinan PAS Negeri petang tadi dalam satu siri program Jelajah Perakite. Program ini yang bermula di di Zon Selatan Perak dan berakhir di DUN Manjoi,Tambun dalam Zon Utara Perak. Wakil PAS Pusat, Dr Hatta dan Ustazah Nuridah telah mengisi slot motivasi Pilihanraya sebagai memulakan aktiviti Jelajah Perakite ke Tambun di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Tambun,Taman Meru. PAS Tambun juga telah melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat bergerak berdekatan Pasaraya Mydin,Manjoi di samping aktiviti lain seperti Hi-tea bersama masyarakat India di Taman Klebang Jaya dan  santai selebriti juga berhampiran Pasaraya Mydin, Manjoi.
Pada sebelah malam pula telah berlangsung ceramah Perdana Perakite menutup siri Jelajah Perakite ke Tambun.

 Kedatangan rombongan Jelajah Perakite ke Pusat Tarbiyah PAS Tambun

 Ustaz Nuri, Ketua Penerangan PAS Perak mempengerusikan majlis
 Dr Najihah(kiri) dan Ustazah Nuridah antara tonggak muslimat dalam siri Jelajah Perakite
 Ramai..antara tetamu yang hadir ke Pusat Tarbiyah PAS Tambun bagi mendengar amanat dan motivasi daripada pimpinan tertinggi PAS Pusat dan Negeri
 Ustaz Misbah selaku Pengarah program Jelajah Perakite
 Ucapan daripada Ustaz Abu Bakar, Pesuruhjaya PAS Perak
Ustazah Nuridah menyampaikan kata peransang kepada yang hadir
Ajk DMP Tambun bergambar kenang-kenangan bersama Ajk DMP Negeri dan Ustazah Nuridah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIMPUNAN MUSLIMAT DMPK TAMBUN - 14 OKT. 2012

















Himpunan Muslimat anjuran DMPK Tambun telah diadakan pada 14 Okt. 2012 (Ahad) bertempat di Kompleks Tarbiyyah PAS Tambun Taman Meru. Seramai kira-kira 60 orang muslimat seluruh cawangan telah hadir bagi mendengar pengisian yang telah disampaikan oleh Ketua DMP sendiri, Pn Zuhairah Mohd Ghazali tentang Negara Berkebajikan dan Agenda Wanita Nasional. Pengisian kedua adalah dari exco DMP Negeri Perak, Ustazah Hasna dengan tajuk Korban Raya atau Pilihanraya. Himpunan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hebahan : KULIAH DHUHA


Jom ubah diri menjadi orang yang cintakan ilmu sepertimana Rasulullah cintakan ilmu.

Kuliah dhuha:
Tempat : Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru
Masa : 8.30 pagi

Jadual Kuliah Dhuha:

Sabtu (minggu pertama) - Ust. Jamalauddin Ahmad
Sabtu (minggu ke-2 ) - Ust. Suhaimi Wafir
Sabtu (minggu ke-3) - Ust. Huri
Sabtu (minggu ke-4) - Ust. Gema Hadi

Sila hebahkan kepada semua sahabat, jiran tetangga dan saudara mara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR


DMP TAMBUN mendoakan agar semua adik-adik yang sedang menjalani peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dipermudahkan ketika menjawab soalan.
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS