MUSLIMAT hantar 30 nama calon PRU13


Dewan Muslimat Pas telah mengemukakan senarai 30 nama kepada pucuk pimpinan Pas untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesemua mereka merupakan calon berwibawa serta difikirkan sesuai untuk turun gelanggang PRU13.
 
Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan mereka di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.
“Kita telah mengenal pasti calon-calon Muslimat berkelayakan untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Lokasi serta calon yang dipilih kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat penentuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Siti Zailah berkata, calon-calon berkenaan terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada dalam kalangan mereka berusia sekitar 20-an.
Menurutnya, mereka merupakan golongan berpendidikan serta mampu menjadi seorang pemimpin.
“Ada dalam kalangan mereka juga golongan profesional seperti peguam serta doktor yang dirasakan benar-benar layak serta berwibawa.
“Keseluruhan lebih 30 calon yang disenaraikan ini adalah Muslimat dari seluruh negara,” katanya.
 
sumber :harakah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....