CERAMAH ISU SEMASA
12:25 PM |
Assalamualaikum. Salam mahabbah, salam perjuangan buat semua muslimat. Ayuh!Luangkan sedikit masa untuk mendengar info sejarah sebenar. Jangan biarkan diri kita diselebungi,didendangkan dengan kisah sejarah negara yang dikuburkan kebenarannya. Turut menjayakan ceramah ini ialah Pn. Zuhairah(Kak Ju), Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun. Jom ramai-ramai kita memenuhi:
ruang legar perkarangan Pejabat PAS Kawasan Tambun,
27September2011
Selasa
9.15malam
Semua muslimat dijemput hadir.
ruang legar perkarangan Pejabat PAS Kawasan Tambun,
27September2011
Selasa
9.15malam
Semua muslimat dijemput hadir.
MUSLIMAT TAMBUN TURUN PADANG BANTU JAMUAN RAYA PAKATAN RAKYAT PERAK
11:27 AM |
Muslimat Tambun bergotong royong membuat persediaan sejak jam 5 petang.Lemang..antara juadah yang akan dihidangkan kepada para tetamu malam nanti
Antara tetamu yang mengambil makanan di khemah muslimat
Pn. Yusmaliza,Naib Ketua Muslimat Tambun (bertudung putih dan berbaju warna merah jambu) antara yang turut hadir
AJK Muslimat Tambun : Pn. Carmila,Pn. Yusmaliza,Pn. Hanisha,Pn. Ezakia dan Pn. Salbiah sedang menjamu selera..
Amboi..! Makan bersuap Pn. Ezakia kita..!
Maklong(berdiri) rider muslimat yang datang dari Taiping..
Khemah cucur udang dapat sambutan hangat!
Tak menang tangan melayan tetamu yang ingin merasa cucur udang special hasil air tangan muslimat Taman Meru..
Orang dapur...Pn. Hjh. Kamariah antara "chef" yang memanaskan kuali menggoreng cucur udang..
Memang sedap..err..minta resepi..
Pn. Rossitah,Ketua Muslimat Taman Meru/isteri Tn Hj. Asmuni Awi (bertudung merah jambu) orang yang menjadi tulang belakang penyediaan cucur udang special
"15kg tepung gandum digunakan untuk sediakan cucur udang ", kata Pn. Rossitah. Apa yang pasti cucur udang pada malam ini memang habis semuanya!
Dr. Najihah,Ketua Muslimat PAS Perak dan AJK DMPN bermesra dengan tetamu yang hadir
Datin Fatimah Taat,isteri YB Nizar turut melawat dan bermesra dengan petugas di khemah cucur udang
Dr. Najihah memperkatakan sesuatu kepada Sdr. Rosli (berkerusi roda) sambil diperhatikan oleh Datin Fatimah
Kata-kata peransang kepada Sdr. Rosli.
23 September 2011-Tambun dipilih sebagai tuan rumah jamuan Raya Pakatan Rakyat Perak tahun 2011. PAS Tambun berasa sangat berbesar hati dengan pemilihan ini. Sambutan majlis ini telah diadakan di padang Meru 1B di mana PAS Tambun diberi tugas untuk persiapan tempat. Peranan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun dan seluruh muslimat Tambun juga sangat dihargai dalam menjayakan kelancaran majlis ini. Antara menu yang disajikan ialah lemang,rendang,meehun sup,nasi tomato,nasi himpit,mee goreng dan cucur udang.Majlis diserikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi PAS,DAP dan PKR.
SEKITAR PROGRAM PENCERAMAH KELOMPOK
10:33 AM |
MUSLIMAT PERAK BERSEDIA UNTUK PRU KE-13
Pn. Zuhairah, Naib Ketua Muslimat PAS Perak merasmikan program
Antara wakil-wakil muslimat Zon Tengah yang hadir
Dari kiri : Pn. Mazidah,Ketua Penerangan Muslimat PAS Perak, Ustz. Hjh Bariah,Timb. Ketua Lajnah Penerangan Muslimat PAS Perak dan Cikgu Khairul Anuar,Timb. Pengarah 2 JPN selaku penceramah jemputan
Cikgu Khairul berkongsi ilmu berkaitan teknik menyampaikan pengisiandalam ceramah kelompok
Antara muslimat Tambun yang hadir:Pn. Carmila,Pn. Salbiah, Pn. Yusmaliza, Cik Zalina dan Cik Nadiyana
Sesi perbincangan di dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi situasi bagi ceramah kelompok
Serius mengatur perbincangan...
Apa agaknya yang lucu tu..!
Muslimat tulang belakang perjuangan
Ustz. Bariah memantau perbincangan kumpulan
Masih muda... namun bakat terserlah sebagai penceramah!
Lagi bakal-bakal penceramah dari Tambun..
Pelapis muda dalam DMPK Tambun...
Sesi berkongsi pendapat
Khulasah daripada Ustz. Bariah terhadap keseluruhan pembentangan
CERAMAH ISU SEMASA
3:23 PM |
‘MEMBETULKAN FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN ’
Panel :
1.DR. ANN WAN SENG
PENGANALISIS SEJARAH
2.PEGUAM HAJI ASMUNI AWI
AJK PAS PUSAT
3.PUAN ZUHAIRAH DATO’ GHAZALI
NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PERAK
TARIKH : 27 SEPT. ’11 – SELASA
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN
PUSAT KOMERSIAL TAMAN MERU 2B, JELAPANG
Semua dijemput hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)