Tenaga penggerak Ameerah - wadah baru muslimat muda
Ameerah + DMP kombinasi penuh kaliber !
Hijau epal ... warna penuh semangat dan cita-cita..
Sekitar persiapan pelancaran Ameerah
Pn. Nurul Huda Yusuf Rawa beramah mesra dengan delegasi muslimat muda dari Kelantan-sedondon hijau epal
Tiada ruang yang kosong! Bersedia memikul amanah dalam Ameerah
Ucapan daripada Al-Ukht Aiman Athirah Al-Jundi
Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PAS
Ucapan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Hjh Zailah Mohd Yusuff, penuh semangat
Barisan AJK DMPP
Pn. Nurwani Ahmat, Cikgu Normala antara AJK DMPP yang turut menyemarakkan gelombang epal hijau
Mendengar amanat dengan penuh tekun
Presiden PAS, Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang mewakili Mursyidul Am PAS merasmikan majlis Pelancaran Ameerah dan Gelombang Epal Hijau membacakan doa di akhir ucapan
Simbolik perasmian, Dato' Seri Presiden PAS menyiram bekas
Gerakan gelombang hijau berjaya tampil maksud tersirat
Bersedia untuk sidang media
AMEERAH : MENERAJUI PERUBAHAN GENERASI BARU
1 Oktober 2011 - Dewan Millenium Kepala Batas digegarkan dengan persembahan multimedia yang cukup bersemangat dan bertenaga serta meyakinkan membawa aspirasi kepimpinan politik muslimat muda yang menggunakan nama AMEERAH dalam majlis pelancaran Ameerah dan Gelombang Epal Hijau.
Ameerah telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang sempena sambutan 60 Tahun PAS. Amanah yang dipikulkan kepada Lajnah Politik Wanita Muda dilihat bakal memberikan impak baru dalam politik PAS, bagi merangka strategi mendekati golongan muda.
Pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau memberi nafas baru kepada gerakan Dewan Muslimat yang sudah berjaya dengan Nisa' yang telahpun berjalan sempurna.
Syabas kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni dan penuh semangat serta bermatlamat.
Simbolik pelancaran itu Dato' Seri Presiden telah menyiram air ke dalam bekas tanda menyubur dan membesarkan pohon yang bakal mengeluarkan cabang ranting seterusnya dedaunan dan bungaan serta buah yang bakal memberi manfaat pada manusia di sekitarnya.
Dato' Seri Presiden juga telah sudi menurunkan tandatangan di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan gelombang kain hijau penuh semangat.
Pelepasan belon yang tergantung di paras satu Dewan Milenium satu lagi simbolik sebagai tanda kejituan tujuh teras yang menjadi panduan menuju Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian,Dato' Seri Hj. Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam.Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.
"Pengorbanan para isteri membantu menegakkan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya.
Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.
Terdahulu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Hjh. Siti Zailah Mohd Yusuff dalam ucapannya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.
Kehadiran Ameerah dalam saf kepimpinan PAS tepat pada masanya yang bakal melebarkan lagi sayap PAS di persada politik negara sesuai dengan motto Ameerah "MENERAJUI PERUBAHAN GENERASI BARU" membawa wadah Politik, Patriotisme,Partisipasi.