20 Februari 2012, Manjoi - Manjoi dilanda banjir awal pagi tadi. Dianggarkan 500 orang penduduk telah disalurkan bantuan berupa makanan dan keperluan harian. Bagi meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir, LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS KAWASAN TAMBUN melancarkan kutipan derma kilat. Bantuan berupa kewangan sangat dialu-alukan dan boleh diserahkan terus kepada Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tambun, Pn. Zuhairah Dato' Hj. Ghazali dengan menghubungi beliau di talian 016-5436862 atau ke akaun bank BANK ISLAM : 08013010013361/PAS KAWASAN TAMBUN. "SUMBANGAN ANDA AMANAH KAMI"
Pelancaran PENDIDIK
1. satu wadah atau platform untuk menggerakkan kesedaran dan kebangkitan warga pendidik di seluruh Malaysia berkaitan isu-isu pendidikan dan perguruan di negara ini.
2. untuk menyatukan semua golongan pendidik di bawah satu NGO agar semua tuntutan dan desakan atas apa jua isu pendidikan dan perguruan ’didengari’ oleh semua pihak yang berautoriti dan berkepentingan.
NAJIB GADAI AQIDAH RAI THAIPUSAM
Tindakan Najib dan "isteri tercintanya" menyambut perayaan keagamaan masyarakat India, Thaipusam di Batu Caves sangat mengecewakan dan mempermainkan aqidahnya sebagai umat Islam.Apa yang boleh dikatakan Najib memang sudah melampau! Dek kerana agenda politiknya meraih sokongan masyarakat India di negara ini, beliau sanggup dilayan seperti seorang dewa.
SS Dato Mufti Perak, Harussani juga menempelak kelakuan Najib ini sebagai penggadai aqidah! “Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka." "Najib sudah dinasihati setiap tahun tapi masih berdegil.."
J. D. Lovrenclear dalam tulisannya menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.Pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan Thaipusam seolah-olah begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata. Kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.
(Al-Kafirun : 1-6)
SALAM MAULIDURASUL 1433H
ZOOM 360 : Ketua DMPK TAMBUN panel ceramah umum di Klebang Restu
30 Januari 2012 - Klebang Restu : Ceramah umum yang diadakan di perkarangan Markas Medan Klebang Restu menyaksikan Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah bt. DAto' Hj. Ghazali sebagai salah seorang panel pengisian slot ceramah pada malam itu. Turut bersama beliau ialah Tn. Hj. Asmuni Awi, AJK PAS Pusat merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun Dr. Hj. Khairudin b. Dato' Abdul Malik. Kupasan isi ceramah pada kali ini berkisar kepada "Benarkah UMNO menjaga Islam dan Orang Melayu?" Hadirin yang datang daripada kawasan sekitar tidak berganjak daripada tempat duduk walaupun jam telah melewati 11 malam. Ini petanda UMNO harus sedar bahawa rakyat sudah jemu dan muak dengan skrip kisah dongeng yang tidak berkesudahan dan harus segera berundur! ASAL BUKAN UMNO ..yang lain ok no problem !!!
ZOOM 360 : Himpunan Halwa Remaja Perak (HARAP)
HARAP himpun beliawanis seluruh Perak
29 Januari 2012 - Pusat Tarbiyah PAS Tambun menerima kehadiran beliawanis daripada seluruh Perak dalam program Himpunan HALWA Remaja Perak Ahad lalu. Kehadiran yang begitu memberansangkan memberi isyarat bahawa beliawanis PAS Perak cukup bersedia menerima tiupan wisel untuk mengerahkan tenaga menjelang PRU 13. Wacana pengisian yang disampaikan oleh Pn. Amizan Baharudin selaku Pengarah Pilihanraya DMP Pusat merangkap Pengarah Halwa JPN Perak meniupkan roh semangat kepada setiap jasad remaja HALWA yang hadir pada petang itu. Semangat itu kemudiannya terus ditiupkan dengan pengisian slot daripada YB Senator Mumtaz Md Nawi yang penuh dengan roh jihad. Semoga himpunan ini terus menjadi pembakar semangat kepada muslimat muda di Perak ke arah membantu kemenangan PAS khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya pada PRU 13 nanti. ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !