Sumber: Harakah Daily(diringkaskan)
RAHSIA KEMENANGAN IKHWAN MUSLIMIN HARUS JADI PANDUAN CAPAI KEMENANGAN PRU13
Sumber: Harakah Daily(diringkaskan)
KHULASAH MURSYID:HARAM PILIHANRAYA MUSIM HAJI
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pil...ihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.
Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)
Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)
Akhuirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.
Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman
ZOOM 360: HIMPUNAN & TAHLIL PERDANA 10 TAHUN PEMERGIAN USTAZ FADZIL MOHD NOOR
Hebahan : Munajat Perdana Muslimat PAS Tambun
Kita mantapkan saf-saf membentuk benteng kukuh
Doa akan kita rafakkan ke hadrat Ilahi
Minta dikukuhkan tekad, disatukan hati
Ayuh kita besarkan jiwa dengan roh jihad
Jihad fisabilillah...
Gelombang munajat kita alunkan saban masa
Dari Manjoi hingga ke Ulu Kinta
Usah ragu janji Allah pasti
Pada hamba yang sentiasa meminta tanpa henti..
PRIHATIN : Ibu kepada Pen. S/U DMP Tambun Kemalangan
17 Jun 2012, Tambun- DMP Tambun berkesempatan berkunjung ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menziarahi Pn. Faezah yang terlibat dengan kemalangan berdekatan pasaraya Giant petang semalam. Ketika ditemui, Pn. Faezah, ibu kepada Saudari Zalina, Penolong Setiausaha DMP Tambun, telah sedar sepenuhnya dan boleh bersembang dengan anak menantu serta orang yang menziarahinya. DMP Tambun mendoakan agar Pn. Faezah kesihatan kembali pulih seperti sedia kala.Amin.
PRIHATIN : ZIARAH PN ROSSITAH
ZOOM 360 : HIMPUNAN MUSLIMAT TAMBUN
BBQ MESRA RAKYAT PAS KAWASAN TAMBUN ZON 6
PADA 30 JUN 2012 (SABTU) JAM 8.00 - 11.00 MALAM DI MARKAZ BATU 5, TAMBUN.
PENCERAMAH : USTAZ AZHAR IDRUS (TAYANGAN PERDANA) JUALAN TIKET RM20.00
ANAK MUDA GENG KITE
Imam Muda, Ustaz Huri
AJK DMP turut meraikan program
Muslimat selaku juri Pertandingan Menghias Buah-buahan
Pemeriksaan kesihatan
Pada 20 Mei 2012 yang lepas, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah menganjurkan Anak Muda Geng Kite bertempat di Dataran Ikhlasiah, Jln Pemimpin, Manjoi. Muslimat turut bersama-sama meraikan program tersebut di samping dijemput membantu program-program yang telah diaturkan.