Tahniah ! Kemenangan Manis Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang




Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan PAS di Parlimen Bukit Gantang. Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun (DMP Tambun) mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Ir Hj. Mohd Nizar Jamaludin yang telah berjaya menawan hati pengundi Parlimen Bukit Gantang.

Pihak DMP Tambun juga ingin mengucap setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas muslimat yang telah mencurahkan tenaga, kewangan dan masa bagi turut sama bertugas di Bukit Gantang. Tahniah dan syabas diucapkan! Walaupun muslimat memang difahami begitu sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak, namun semangat jitu dan kesungguhan muslimat untuk turun mencurah bakti amat dihargai. Muslimat tetap turun walau dapat menghadirkan diri seharipun dan yang telah bermalam di Bukit Gantang berhari-hari.

Justeru pada 12 April 2009 (Ahad) jam 3.30 petang baru-baru ini DUN Ulu Kinta telah menganjurkan Program Meraikan Petugas Muslimat bertempat di Markaz Tanjung Rambutan. Program tersebut telah dihadiri oleh Setiausaha MTD Ulu Kinta, Pn. Hanisah bagi mewakili Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun yang terpaksa bergegas ke Teluk Intan bagi menghadiri mesyuarat negeri.

Antara ucapan Pn. Hanisah adalah mengucapkan terima kasih di atas semua usaha muslimat samada yang telah pergi bertugas di Bukit Gantang atau yang telah melakukan solat hajat di tempat masing-masing. Muslimat juga hendaklah melaksana dan mempraktikkan segala pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari semasa membuat gerak kerja mencula undi di Bukit Gantang.

Gerak kerja mencula undi dan ketua 10 juga sepatutnya telah dimulakan sekarang. Muslimat hendaklah proaktif dan berinisiatif dalam memastikan gerak kerja tersebut telah berjalan dan lengkap sebelum pilihanraya bakal menjelma.

Program telah diakhiri dengan doa oleh Bendahari PAS Cawangan Tanjung Rambutan dan dijamu dengan mee udang Tanjung Rambutan kira-kira jam 4.30 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....