Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perintah Allah s.a.w. Mereka telah melakukan apa sahaja demi mentaati-Nya. Kedua-duanya redha akan perintah Allah yang disampaikan melalui mimipi nabi Ibrahim agar baginda menyembelih anaknya sendiri iaitu nabi Ismail.
Kisah pengorbanan ini telah dinukilkan di dalam al-Quran melalui firman-Nya:
“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah Kami sebenarnya membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada nabi Ibrahim. Demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Seseungguhnya nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula memberikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishaq yang akan menjadi nabi yang terhitung dari orang-orang yang soleh.”
(As-Saafat:105-112)
Ketaatan mereka berdua tiada tolok bandingnya. Sanggup merelakan diri atas suruhan yang diamanahkan..betapa kuatnya keimanan mereka terhadap Sang Pencipta. Namun, bagaimanakah kita..apakah kita sanggup mengorbankan apa sahaja demi agama?..terlalu sedikit sekali calitan iman di dada..mampukah kita untuk menghadapi segala pancaroba di luar sana??
MENGAPA KITA PERLU BERKORBAN?
2:33 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....