• Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGASINGAN LELAKI PEREMPUAN - TELAH DIAKUI




KUALA LUMPUR: Koc komuter khusus untuk wanita yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam, akan diperluaskan untuk laluan Rawang-Seremban bermula 15 Mei ini.
Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.
“Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.

“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.

Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.

Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.
Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.

-sumber Berita Harian-

Pengasingan lelaki perempuan telah dimulakan oleh Kerajaan Kelantan dengan pengasingan kaunter di pasaraya-pasaraya. Begitu juga baru-baru ini Konsert Jom Heboh yang telah dianjurkan TV3 di Kelantan juga telah mencetus kelainan apabila mengasingkan penonton konsert mengikut jantina dan keluarga. Namun di sebalik mengelak kejadian seluk dan raba, serta terpaksa bersesak dengan kaum adam, terselit indahnya syariat Islam yang Allah tentukan bahawa persentuhan lelaki perempuan adalah haram bagi yang bukan muhrim.

Walau bagaimanapun semoga langkah ini menjadi permulaan dan ikutan untuk perkara-perkara lain yang berlaku percampuran lelaki perempuan seperti kenderaan awam dan program dianjurkan... Tahniah KTMB..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUARA GAMBAR-PILIHANRAYA HULU SELANGOR












Kalah menang bukan ukuran dalam perjuangan. Apa yang penting usaha dan istiqamah untuk melihat Islam terus terbela. Syabas muslimat yang telah turun meninggalkan anak suami untuk ke medan jihad pilihanraya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEKITAR DEMONSTRASI APCO DI MASJID NEGERI








TAHUKAH ANDA APAKAH APCO?

i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi seperti di bawah:

Lembaga Pengarah
Margery Kraus
chairfounder & chief executive officer
APCO Worldwide
(ramai lagi boleh lihat di sumber di bawah)

iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London

v) APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.


viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.


x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO

-sumber rakyat marhaen-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG ORANG BARU


DMPK Tambun mengucapkan tahniah kepada Ketua DMPK Tambun iaitu Pn. Zuhairah (Kak Ju)atas kelahiran orang baru atau cucu beliau yang selamat dilahirkan oleh anak perempuan sulung Kak Ju semalam. Ini merupakan cucu kedua Kak Ju dan juga merupakan cucu perempuan... InsyaAllah lahir lagi seorang mujahidah...

DMPK Tambun juga mengucapkan tahniah kepada 2 orang AJK DMPK Tambun yang telah selamat melahirkan iaitu Ketua Lajnah Tarbiyyah, Pn. Mazliana dan Pn. Rohayu. Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan tahniah namun tahniah kerana telah kembali bertugas dalam gerak kerja jemaah... Semoga anak yang dilahirkan adalah penyambung generasi mujahid mujahidah akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI BUMI SEDUNIA 22 APRIL 2010 - SELAMATKAN BUMI



Berapa ramai antara kita yang menyedari adanya Hari Bumi? Dan kenapa kita perlu sedar dan bertanggungjawab terhadap bumi kita? Begitu juga dengan 'Earth Hour'pada 27 Mac baru-baru ini di mana semua penduduk bumi hendaklah bergelap selama 1 jam bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan pemanasan global.

'Earth Hour' merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Manakala Hari Bumi tahun ini adalah ulang tahun yang ke 40 disambut.

Sejarah sebenar hari bumi ni bermula pada September 1969 iaitu di dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson pada masa itu mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.

Senator tersebut pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Dari perspektif Islam pula, peristiwa perjalanan Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad S.A.W dulu telah ditunjukkan bahawa usia bumi ni sebenarnya dah uzur sangat, macam orang tua bongkok jalan bertongkat. Dan mungkin pada masa kini bumi sebenarnya dalam keadaan nazak dan tenat yang amat sangat...Sehinggakan keluarnya ramalan Filem 2012 yang memaparkan kiamat yang bakal berlaku. Namun kita sebagai seorang Islam wajib beriman adanya Hari Kiamat tetapi tidak diberitahu masa dan ketikanya. Hanya petanda-petanda kiamat melalui hadis Nabi saw yang diberitahu.

Adakah ini juga menunjukkan bumi telah terbeban dengan kemusnahan, kerosakan dan kejahatan manusia?

Allah menegaskan dalam surah al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud:
“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesuatu tempat dan negeri itu, akan Kami arahkan mereka yang melampau dalam semua perkara, lalu mereka melakukan kerosakan dalamnya (kampung dan negeri itu), maka berhaklah Negeri itu untuk dibinasakan, lalu Kami hancurkannya dengan sehancur-hancurnya.”

Justeru apakah peranan dan sumbangan kita bagi mengurangkan kerosakan bumi? Sebagai permulaan dan kesedaran kita, adalah baik sekiranya kita mulakan dari rumah dan diri kita dahulu.

Di sini antara usaha menyelamatkan bumi yang dipetik dari internet.
(Sumber: http://www.greenradio.fm/index.php/green-living/smart-living/1830-5o-cara-menyelamatkan-bumi-4.html)

Makanan dan Minuman

1. Kurangi konsumsi daging - bervegetarian adalah yang terbaik! Berdasarkan penelitian, untuk menghasilkan 1 kg daging, sumber daya yang dihabiskan setara dengan 15 kg gandum. Bayangkan bagaimana kita bisa menyelamatkan bumi dari kekurangan pangan jika kita bervegetarian. Peternakan juga penyumbang 18% “jejak karbon” dunia, ini lebih besar dari sektor transportasi (mobil, motor, pesawat,dll). Belum lagi ditambah dengan bahaya gas-gas rumah kaca tambahan yang dihasilkan oleh aktifitas peternakan lainnya seperti metana yang 23 kali lebih berbahaya dari CO2 dan gas NO yang 300 kali lebih berbahaya dari CO2. Dan yang pasti banyak manfaat kesehatan dan spiritual dari bervegetarian.

2. Makan dan masaklah dari bahan yang masih segar. Menghindari makanan yang sudah diolah atau dikemas akan menurunkan energi yang terbuang akibat proses dan transportasi yang berulang-ulang. Makanan segar juga lebih sehat bagi tubuh kita.

3. Beli produk lokal, hasil pertanian lokal sangat murah dan juga sangat menghemat energi, terutama jika kita menghitung energi dan biaya transportasinya. Makanan organik lebih ramah lingkungan, tetapi periksa juga asalnya. Jika diimpor dari daerah lain, kemungkinan emisi karbon yang dihasilkan akan lebih besar daripada manfaatnya.

4. Daur ulang aluminium, plastik, dan kertas. Akan lebih baik lagi jika Anda bisa menggunakannya berulang-ulang. Energi untuk membuat satu kaleng alumunium setara dengan energi untuk menyalakan TV selama 3 jam.

5. Beli dalam kemasan besar. Akan jauh lebih murah, juga menghemat sumber daya untuk kemasan. Jika terlalu banyak, ajaklah teman atau saudara Anda untuk berbagi saat membelinya.

6. Matikan oven Anda beberapa menit sebelum waktunya. Jika tetap dibiarkan tertutup, maka panas tersebut tidak akan hilang.

7. Hindari fast food. Fast food merupakan penghasil sampah terbesar di dunia. Selain itu konsumsi fast food juga buruk untuk kesehatan Anda.

8. Bawa tas yang bisa dipakai ulang. Bawalah sendiri tas belanja Anda, dengan demikian Anda mengurangi jumlah tas plastik/kresek yang diperlukan. Belakangan ini beberapa pusat perbelanjaan besar di Indonesia sudah mulai mengedukasi pelanggannya untuk menggunakan sistem seperti ini. Jadi sambutlah itikad baik mereka untuk menyelamatkan lingkungan.

9. Gunakan gelas yang bisa dicuci. Jika Anda terbiasa dengan cara modern yang selalu menyajikan minum bagi tamu dengan air atau kopi dalam kemasan. Beralihlah ke cara lama kita. Dengan menggunakan gelas kaca, keramik, atau plastik food grade yang bisa kita cuci dan dipakai ulang.

10. Berbelanjalah di lingkungan di sekitar Anda. Akan sangat menghemat biaya tansportasi dan BBM Anda.

11. Tanam pohon setiap ada kesempatan. Baik di lingkungan atau pundengan berpartisipasi dalam program penanaman pohon. Bisa dengan menyumbang bibit, dana, dll. Tergantung kesempatan dan kemampuan Anda masing-masing.

Di Rumah pun Anda tetap bisa aktif menyelamatkan bumi. Caranya?

12. Turunkan suhu AC Anda. Hindari penggunaan suhu maksimal. Gunakan AC pada tingkatan sampai kita merasa cukup nyaman saja. Dan cegah kebocoran dari ruangan ber-AC Anda. Jangan biarkan ada celah yang terbuka jika Anda sedang menggunakan AC Anda karena hal tersebut akan membuat AC bekerja lebih keras untuk mendinginkan ruangan Anda. Pada akhirnya hal ini akan menghemat tagihan listrik Anda.

13. Gunakan timer untuk menghindari lupa mematikan AC. Gunakanlah timer sesuai dengan kebiasaan Anda. Misalnya jam Kantor Anda adalah pukul 8.00 sampai 17.00. Set timer AC Anda sesuai dengan jam Kantor tersebut. Dengan begitu tidak ada lagi insiden lupa mematikan AC hingga keesokan harinya.

14. Gunakan pemanas air tenaga surya. Meskipun lebih mahal, dalam jangka panjang hal ini akan menghemat tagihan listrik Anda. (Bahkan saat ini sudah ada penerang jalan dengan tenaga surya).

15. Matikan lampu tidak terpakai dan jangan tinggalkan air menetes. Selain menghemat energi dan air bersih, ini akan menghemat banyak tagihan Anda.

16. Gunakan lampu hemat energi. Meskipun lebih mahal, rata-rata mereka lebih kuat 8 kali dan lebih hemat hingga 90% dari lampu pijar biasa.

17. Maksimalkan pencahayaan dari alam. Gunakan warna terang di tembok, gunakan genteng kaca di plafon, maksimalkan pencahayaan melalui jendela.

18. Hindari posisi stand by pada elektronik Anda! Jika semua peralatan rumah tangga kita matikan (Bukan dalam posisi stanby) maka kita akan mengurangi emisi CO2 yang luar biasa dari penghematan energi listrik. Gunakan colokan lampu yang ada tombol on-off-nya. Atau cabut kabel dari sumber listriknya.

19. Jika pengisian ulang baterai anda sudah penuh, Segera cabut!. Telepon genggam, pencukur elektrik, sikat gigi eleltrik, kamera, dll. Jika sudah penuh segera cabut.

20. Kurangi waktu dalam membuka lemari es Anda. Untuk setiap menit Anda membuka pintu lemari es. Akan diperlukan3 menit full energi untuk mengembalikan suhu kulkas ke suhu yang diinginkan.

21. Jangan membeli bunga potong. Jika daerah Anda bukan penghasil bunga hias, maka bisa dipastikan bunga itu dikirim dari tempat lain. Hal ini akan menghasilkan ‘Jejak karbon” yang besar.

22. Potong makanan dalam ukuran yang lebih kecil. Ukuran potongan yang lebih kecil akan menggunakan energi lebih sedikit untuk memasaknya.

23. Gunakan air dingin untuk mencuci dan cucilah dalam jumlah banyak. Jika Anda memiliki keluarga kecil, tidaklah perlu setiap hari mencuci. Kumpulkanlah sampai kapasitas mesin cuci Anda terpenuhi, hal ini akan menghemat air, mengurangi pemakaian listrik dan juga mengurangi pencemaran akibat deterjen Anda.

24. Gunakan deterjen dan pembersih ramah lingkungan. Saat ini mungkin harganya memang lebih mahal. Tetapi bila Anda mampu, lakukanlah demi masa depan anak cucu kita.

25. Gunakan ulang perabotan rumah Anda. Jika Anda sudah bosan dengan perabotan Anda, Anda bisa melakukan obral di garasi rumah, berikan kepada orang lain. Atau bawa ke pengrajin untuk dimodifikasi sesuai keinginan Anda.

26. Donasikan mainan yang sudah tidak pantas untuk umur anak Anda.

27. Jika menggunakan deodorant atau produk-produk semprot lainnya, jangan menggunakan aerosol. Pilihan spray dengan kemasan botol kaca akan lebih baik. Aerosol juga penyumbang besar dalam pencemaran udara kita.

Dalam Pekerjaan

28. Makan siang di kantor. Jika kita sering makan diluar kantor dengan bungkusan dan rutin, lebih baik jika Anda membeli kotak makan atau tempat minum yang kuat dan bisa dipakai berulang kali. Hindari media bungkus plastik atau stereofoam (berasal dari minyak bumi dan susah untuk diuraikan).

29. Gunakan kertas lebih sedikit. Gunakan email internal Anda dan software perkantoran untuk membuat laporan internal. Cetaklah laporan/presentasi hanya jika diperlukan untuk melakukan kesepakatan dengan pihak luar.

30. Matikan peralatan Kantor Anda. Matikan dari sumbernya, jangan dibuat stand by, matikan UPS dan trafo. Jika perlu cabut dari sumber listriknva.

31. Gunakan e-banking. Alihkan tagihan kartu kredit Anda melalui penagihan lewat email, beberapa bank di Indonesia sudah dapat melakukannya. Bank-bank di Indonesia saat ini umumnya telah menyediakan fasilitas e-banking yang sangat lengkap. Kita bisa melakukan hampir semua transaksi pembayaran,transfer, pembelian voucher, dll melalui internet banking, bahkan mobile banking.

32. Memaksimalkan penggunaan e-banking akan menghemat banyak waktu dan biaya Anda. Anda telah menghemat dan meyelamatkan banyak pohon dan konsumsi CO2 untuk proses pembuatan kertas. Anda juga menghemat sangat banyak konsumsi BBM yang dibutuhkan untuk pergi ke bank atau ke ATM.

Dalam Perjalanan

33. Berlibur akan sangat meningkatkan jejak karbon Anda. Terutama jika dilakukan dengan menggunakan pesawat. Berliburlah di dalam negeri dan gunakanlah transportasi darat! Hal ini dapat mengurangi banyak sekali emisi karbon.

Pesawat terbang merupakan penyumbang gas rumah kaca yang lebih signifikan daripada mobil atau kendaraan darat lainnya.

Pesawat terbang memberikan kontribusi yang cukup besar pada pemanasan global karena efek pelepasan CO2 di ketinggian dan asap dari mesin jet yang tertinggal hingga berjam-jam merupakan penangkap yang signifikan panas di atmosfer.

34. Kurangi perjalanan bisnis. Teknologi sekarang sangat memungkinkan untuk melakukan teleconference, juga menyediakan begitu banyak metode berkomunikasi via internet. Ditambah lagi dengan makin murahnya biaya internet, Anda akan menghemat banyak pengeluaran perjalanan Anda, dan tentunya mengurangi jejak karbon Anda secara signifikan. Pengecualian dapat dilakukan untuk transaksi yang membutuhkan tandatangan Anda atau yang benar-benar membutuhkan kehadiran Anda.

35. Gunakan handuk hotel Anda lebih dari satu hari. Anda akan menghemat salah satu sumber daya terpenting, yaitu air, dan juga mengurangi pencemaran akibat deterjen yang dipakai. Lebih jauh lagi, Anda menghemat energi dari mesin pencuci dan pengering yang digunakan.

Mengemudi

36. Gunakan mobil antar-jemput untuk sekolah anak Anda, hal ini akan sangat mengurangi beban BBM Anda, sopir, dan cicilan kendaraan. Jika belum ada, mungkin Anda bisa memulainva, dan menjadikan sebagai Bisnis Anda.

37. Kecil itu indah dan hemat. Jika Anda tidak bisa lepas dari penggunaan mobil, gunakanlah city car atau mobil dengan bahan bakar biofuel, elektrik, hibrida, bahkan hidrogen, tergantung dari kemampuan Anda masing-masing. Tidak perlu membeli SUV besar 4 x 4 jika Anda tidak bekerja di pertambangan atau perkebunan. Gunakan kendaraan hibrida bila Anda mampu membelinya.

38. Ganti bahan bakar Anda. Gunakan bahan bakar alami atau yang dapat diperbarui (di Indonesia tersedia bio solar dan bio pertamax). Luar biasa jika bisa Anda bisa menggunakan bahan bakar hidrogen.

39. Cek tekanan angin ban dan jadwal service Anda. Dari beberapa survei dipercaya menjaga kondisi mobil Anda pada kondisi optimal akan menghemat 5% penggunaan bahan bakar Anda.

40. Sewa mobil saat diperlukan. Jika mobil bukan sarana utama maka menyewa adalah pilihan yang baik. Termasuk jika Anda hanya memerlukan kendaraan besar (Family Car atau SUV) untuk beberapa kesempatan saja. Penghematan dari cicilan atau pun bahan bakar harian Anda akan sangat terasa.

41. Matikan mesin saat menunggu di sekolah anak Anda atau saat terjadi kemacetan total. Ini sangat sering terjadi. Panas saat menunggu bisa dikurangi dengan menggunakan kaca film yang baik atau penghalang matahari yang banyak dijual di toko aksesoris mobil. Atau parkirkan mobil Anda di tempat yang rindang.

42. Berbagilah! Carilah rekan kerja, teman yang area kerjanya sejalan dengan tujuan kerja Anda. Anda bisa berbagi biaya perjalanan dengan mereka.

43. Belajarlah mengemudi yang baik. Ganti persneling lebih awal bisa mengurangi konsumsi BBM hingga 15%. Jika mendekati kemacetan atau lampu lalu lintas berhentilah perlahan bukan dengan rem mendadak. Hindarkan mengemudi dengan kasar. Pindahkan gigi saat mencapai 2500-3000 rpm. Dan mengemudilah di batasan 1500-3000 rpm, beberapa survei mendapatkan hasil yang memuaskan dalam kehematan BBM dalam range tersebut.

Elektronik

44. Go rechargeable, gunakan peralatan dengan baterai yang bisa diisi ulang. Jika harus menggunakan yang satu kali buang gunakan lithium-ion (Li-Ion) and nickel metal hybride (NiMH) sangat hemat biaya, effective.

45. Utamakan hemat energi saat membeli peralatan elektronik. Misalnya pilihlah TV LCD daripada TV CRT (TV tabung konvensional). Carilah AC atau kulkas dengan konsumsi listrik terendah, dll. Saat ini tidak terlalu sulit untuk menemukan produk elektronik hemat energi karena produsen beramai-ramai mulai memfokuskan strategi pemasarannya ke produk-produk seperti itu. Lihat saja dari seberapa sering Anda melihat iklan-iklan AC hemat energi di media cetak maupun elektronik.

46. Gunakan lebih lama, jangan mudah berganti alat elektronik yang memiliki fungsi sama. Jika dilakukan, donasikan barang Anda yang lama.

Alat Kebersihan

47. Cleaner, greener, meaner meskipun masih lebih mahal, produk kebersihan yang ramah lingkungan sudah mulai hadir di supermarket. Belilah bila Anda mampu. Sebenarnya cuka dan baking soda bisa digunakan untuk pembersihan hampir barang apapun. Campurlah cuka dengan air hangat (50:50), larutan cuka-air tersebut dapat digunakan sebagai pembersih serbaguna. Baking soda bisa digunakan untuk membersihkan bau pada karpet.

48. Pastikan rumah Anda memiliki sirkulasi udara yang baik. Ini sangat penting agar energi dan racun sekitar kita cepat bersih. Terutama saat membersihkannva.

49. Untuk kesegaran ruangan, tempatkan tumbuhan yang bisa hidup di dalam ruangan, akan sangat membantu kesegaran lingkungan Anda.

50. Untuk penanganan barang beracun, segera hubungi dinas kebersihan atau lingkungan di lingkungan Anda.

Nah, mulakanlah hari ini! (harap dapat memahami Bahasa Indonesia yang digunakan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"90 HARI UNTUK IBU" KEMPEN SATU JUTA TANDATANGAN



Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak

Kami, warganegara Malaysia yang bertandatangan di bawah menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 kepada 90 hari.

Peranan wanita moden kini telah menjadi lebih berbeza dan mencabar daripada, katakan, 30 tahun yang lalu. Kebanyakan wanita hari ini terkejar-kejar dengan tuntutan-tuntutan tugas sepenuh masa dan peranan tradisional mereka sebagai suri rumah supaya mereka dapat membantu bagi mempertahankan satu taraf hidup yang memuaskan.

Sebagai seorang suri rumah, seorang wanita menanggung beban berat membesarkan anak-anak, menguruskan isi rumah dan memastikan kesejahteraan menyeluruh keluarga dia. Memikirkan ini, yang paling kurang harus dilakukan oleh kerajaan ialah memastikan pemulihan penuh fizikal, mental serta emosi seorang wanita selepas melahirkan seorang anak.

Banyak negara Asia Tenggara telah mara ke hadapan bersama dengan rekomendasi Konvensyen Organasasi Buruh Antarabangsa – 103 (ILO CONVENTION 103) - Konvensyen Perlindungan Ibu (Disemak Semula), 1952. Konvensyen disemak semula 183 -2000 mempertimbangkan 7 perlindungan ibu; marilah kita lakukan satu perbandingan serantau bagi perlindungan paling asas:

Cuti bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara:

· Singapura – 112 hari (16 minggu)

· Thailand – 90 hari (3 bulan)

· Kemboja – 90 hari

· Indonesia – 90 hari

· Malaysia – 60 hari

(Sumber: www.asianfoodworker.net)

Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12 bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja.

Ini hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO.

Malaysia, malangnya, ketinggalan jauh di belakang dan terdapat satu keperluan mendesak untuk meminda peruntukan yang releven dalam Akta Buruh 1955.

60 hari cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita Malaysia. Kenapa? Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan setakat fizikal malah emosi serta juga mental.

Kemurungan selepas bersalin (Post-natal Depression (PND)), isu kesihatan - 1 daripada 3 ibu-ibu baru, atau 10%, menderita akibat PND iaitu jenis kemurungan yang kurang difahami. Wanita dengan gangguan perubatan ini sama ada belum bersedia untuk kembali berkerja atau rasa mereka tidak boleh balik berkerja. Masalah-masalah ini selalunya bermula dalam beberapa minggu ataupun bulan selepas bersalin. Lebih daripada 50% ibu-ibu mendapat gangguan ini dalam 3 bulan pertama.

Selanjutnya, kira-kira 1 dalam 7 wanita yang mengalami perubahan-perubahan tekanan (stress) dan emosional boleh jadi terlalu, dan termasuk tekanan suasana yang berhayun, kebimbangan, pengunduran sosial, kerengsaan dan paling teruk boleh menjadikan keadaan disfungsi yang serius. PND juga mengganggu ikatan dan proses hubungan kasih sayang antara ibu dan kanak-kanak. Sekurang-kurangnya 1 dalam setiap 10 wanita akan menghidap PND setelah melahirkan seorang bayi. Tanpa rawatan ia boleh kekal beberapa bulan, atau bertahun-tahun, agak jarang sekali. Pemulihan mengambil masa.

Bukan itu sahaja, penyusuan (ikatan ibu dan anak) – memegang kerja penuh masa semasa penyusuan anak amat sukar kerana tempat-tempat kerja tidak menampung keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak. Penyusuan anak itu sendiri membawa manfaat kepada kedua-dua ibu dan anak. Ianya melindungi daripada sesetengah kanser payu dara, ovari kerana tahap oestrogen jatuh ke paras yang sangat rendah semasa penyusuan anak. Penyelidikan menunjukkan lebih lama seseorang ibu menyusukan anaknya, risiko kanser akan menjadi lebih rendah. Juga, sekiranya seseorang ibu itu tidak dapat mengeluarkan susunya semasa waktu kerja, payu daranya akan menjadi bengkak, akibat daripada saluran-saluran susu tersumbat yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan yang mungkin akan menyebabkan jangkitan payu dara dan dia tidak mampu berkerja.

Susu ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Penyusuan anak melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan-jangkitan telinga, selsema serta virus-virus, atau mengurangkan keterukan penyakit itu. Ia membantu mengurangkan kematian bayi, yang selalunya terjadi dalam 100-120 hari kehidupan bayi. Cuti bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Persediaan untuk kembali berkerja adalah satu lagi trauma emosional dan mental. Kebimbangan atas penjagaan anak tersebut, kasih sayang, pemakanan dan sebagainya merangkumi minda seorang ibu menyebabkannya tidak mampu menghasilkan keupayaan penuh kapasitinya. Lebih-lebih lagi jika ibu itu tidak mempunyai sesiapa yang boleh menjaga anaknya dan terpaksa meninggalkan anak itu di pusat jagaan harian dan sebagainya. Fikirannya bukan sekadar anaknya itu tetapi juga kos yang menyertai penjagaan tersebut.

Jumlah wanita Malaysia yang berkerja ialah 5.1 juta orang berbanding jumlah tenaga kerja iaitu 11.29 juta (2009) dan sesuatu tenaga kerja tanpa cuti sakit yang mencukupi, terpaksa berhenti kerja sama sekali atau merasa agak sukar untuk kembali berkerja. Kos sosial, psikologikal dan perubatan apabila seseorang wanita kembali ke tempat kerja sebelum pemulihan fizikal penuh atau menjalin ikatan dengan bayi baru lahir mereka tidak dapat diukur, dan tidak sepatutnya diterima di sebuah negara seperti Malaysia. Cuti bersalin yang lebih panjang akan memberi ibu-ibu jangka masa yang munasabah untuk menjalin ikatan dan menyusukan bayi mereka tanpa tambahan kebimbangan-kebimbangan kewangan. Ianya baik untuk perniagaan dan ekonomi kerana ia akan membantu mengekalkan kakitangan wanita yang mahir, berpengalaman dalam tenaga kerja.

Bagi majikan, penawaran cuti sakit yang lebih panjang menunjukkan kepada yang bakal menjadi pekerja yang syarikat tersebut mengambil peduli akan kesihatan serta perhubungan dengan pasangan dan anak-anak mereka. Cuti bersalin juga amat menggalakkan orang-orang yang berkelayakan tinggi untuk memohon ke jawatan-jawatan, mencipta satu kumpulan pemohon-pemohon yang lebih besar, dan menambahkan imej syarikat itu dikalangan teman-teman sebayanya, pada masa yang sama meningkatkan lagi statusnya dalam industri itu.

Satu laporan UNDP dalam tahun 2005 memetik ILO berkata Malaysia adalah antara 25 buah negara daripada 152 yang menyediakan cuti bersalin untuk 60 hari atau kurang.

Oleh yang demikian, kami, ingin merayu kerajaan Malaysia meminda Akta Employment 1955 untuk mencerminkan lanjutan cuti bersalin berbayar kepada 90 hari.

Yang benar,

Yang bertandatangan di bawah:

Nota Penjelasan:

1. Petisyen ini disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

2. Penggumpulan tandatangan tanda sokong bagi petisyen ini akan berakhir pada 6hb Jun 2010.

3. Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar butir-butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat e-mel anda.

4. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.

5. Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan disini.

6. NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

SILA KE LAMAN SEPERTI DI BAWAH UNTUK MENYOKONG PETISYEN INI

http://www.nube.org.my/pd/Petition.aspx

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ucapan Takziah

DMPK Tambun mengucapkan takziah kepada keluarga Ustazah Fatimah di atas kematian bondanya semalam.

Takziah juga kepada keluarga Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Putra yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

Semoga Allah mencucuri rahmat. Al Fatihah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun Kali Ke-24



Ucapan aluan Setiausaha PAS Kawasan


Ucaptama Yang Dipertua PAS Kawasan


Kelihatan Ketua DMPK Tambun dan Pn. Fatimaah Taat, isteri Dato' Seri Hj. Mohd Nizar Jamaludin


Ucapan perasmian Dato' Seri Hj. Mohd Nizar Jamaludin, penuh dengan pengisian isu semasa...



AJK DMPK Tambun berada di barisan hadapan



Kelihatan wakil wanita dari DAP sebagai tetamu jemputan


'Tea break'


Nisa' Tambun tidak melepaskan peluang membuka gerai


Menjamu selera juadah tengahari dari KJ Catering



Pencatat minit



Perwakilan DMPK


Perwakilan DPPK


Ucapan penangguhan dari wakil Kelab Pemuda Penyokong PAS


Ucapan penangguhan Ketua DPPK, En. Zairul Azrun (mengambil semangat Unit Amal)


Ucapan penangguhan Ketua DMPK, Pn. Zuhairah


Ucapan penangguhan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Luqmanulhakim


Ucapan penangguhan Yang Dipertua, Dr Khairuddin



Sokonglah Kempen 90 hari cuti bersalin untuk para ibu


PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-24 baru-baru ini pada 11 April 2010 bersamaan 26 Rabi'ulakhir 1431H bertempat di Dewan Emkay, Klebang. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato' Seri Ir Hj. Mohd Nizar Jamaludin.

Mesyuarat diadakan dalam keadaan tenang dan lancar, sesekali hangat dengan pertanyaan para perwakilan terhadap pimpinan kawasan.Beberapa usul telah dibentangkan juga mendapat respon yang baik dari perwakilan.

Pada hari itu juga telah dilancarkan Dana Sehari Pendapatan Ahli selama 3 tahun untuk diinfa'kan kepada kawasan bagi menampung pembinaan kompleks markaz PAS di Taman Meru.

Mesyuarat telah ditangguhkan jam 5.00 petang dengan harapan agar segala usul dan cadangan dilaksanakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun Kali-23


Keluaran Khas Sempena Mesyuarat Agung DMP kali ke-23 -
terbitan Lajnah Penerangan & Dakwah




Antara pameran gambar program DMP Tambun


Ketua Muslimat sudah bersedia untuk Majlis Perasmian


Pendaftaran muslimat


Penuh bersemangat berasmaulhusna dan menyanyi lagu PAS



Bacaan doa diketuai Pn. Mazliana selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah



Ucapan aluan Ketua Muslimat PAS Kawasan Tambun, Pn. Zuhairah Dato' Hj. Mohd. Ghazali


Penuh khusyuk


Ucapan Perasmi Saudara Abdul Manaf B. Awang Mat, Pengerusi Lajnah Pendidikan Kawasan Tambun




Para perwakilan sudah bersedia untuk bermesyuarat








Kutipan dana Pusat Khidmat DUN Manjoi, syukran muslimat, alhamdulillah (terserlah keceriaan K Ju)



Semalam, 4 April 2010 bersamaan 19 Rabi'ulakhir 1431H, hari Ahad, selesailah Mesyuarat Agung DMP Tambun kali ke-23 bertempat di Akademi Pertubuhan Islam Perak. Lebih dari 200 orang perwakilan dan pemerhati telah hadir bagi mengikuti Mesyuarat Agung tersebut dengan berpakaian hijau putih. Mesyuarat Agung DMP Tambun telah dirasmikan oleh Saudara Abdul Manaf B. Awang Mat, Pengerusi Lajnah Pendidikan Kawasan Tambun dengan pengisian yang amat bermanfaat dan telah menyuntik semangat kepada para perwakilan. Antara isi perasmi yang boleh dijadikan pedoman ialah 4 ciri seorang pemimpin ialah :
1) Berkebolehan memberi motivasi kepada anak buahnya
2) Berupaya mengurangkan tekanan diri
3) Berupaya menyelesaikan masalah
4) Boleh berkomunikasi dengan baik

Alhamdulillah sesi muhasabah DMP Tambun berjalan dengan lancar dan berbagai pandangan, kritikan, cadangan telah dikemukakan oleh para perwakilan. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan dari wakil DUN Manjoi iaitu Pn. Kamariah dan DUN Ulu Kinta iaitu Pn. Zaitun dan ucapan Ketua Muslimat DMP Tambun, Pn. Zuhairah Hj Ghazali dengan ucapannya yang berapi dan mantap.

Pada mesyuarat ini juga kutipan dana Pusat Khidmat DUN Manjoi telah dilancarkan bagi membiayai pusat tersebut.

Semoga mesyuarat pada kali ini telah banyak memberi input kepada muslimat untuk bekerja lebih kuat lagi bagi persediaan menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang tiba. Pihak DMP Tambun mengucapkan syabas dan mengharapkan agar muslimat lebih bergerak proaktif selepas mesyuarat agung ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS