PENGASINGAN LELAKI PEREMPUAN - TELAH DIAKUI




KUALA LUMPUR: Koc komuter khusus untuk wanita yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam, akan diperluaskan untuk laluan Rawang-Seremban bermula 15 Mei ini.
Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.
“Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.

“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.

Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.

Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.
Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.

-sumber Berita Harian-

Pengasingan lelaki perempuan telah dimulakan oleh Kerajaan Kelantan dengan pengasingan kaunter di pasaraya-pasaraya. Begitu juga baru-baru ini Konsert Jom Heboh yang telah dianjurkan TV3 di Kelantan juga telah mencetus kelainan apabila mengasingkan penonton konsert mengikut jantina dan keluarga. Namun di sebalik mengelak kejadian seluk dan raba, serta terpaksa bersesak dengan kaum adam, terselit indahnya syariat Islam yang Allah tentukan bahawa persentuhan lelaki perempuan adalah haram bagi yang bukan muhrim.

Walau bagaimanapun semoga langkah ini menjadi permulaan dan ikutan untuk perkara-perkara lain yang berlaku percampuran lelaki perempuan seperti kenderaan awam dan program dianjurkan... Tahniah KTMB..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....