Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari


SYABAS, kepada kerajaan Kelantan yang telah menambah cuti bersalin sebanyak 90 hari. Begitu juga kerajaan Selangor yang menjadi kerajaan pertama mengambil inisiatif memanjangkan cuti bersalin sebanyak 90 hari sebelum ini. Cuti bersalin lebih panjang diambil bukan semata-mata memberi cuti rehat kepada ibu yang telah bersusah payah melahirkan anak dan mendapat kembali kesihatan yang lebih baik apabila kembali bekerja tetapi demi anak yang dilahirkan yang juga akan menjadi dewasa dan mengepalai kerajaan pada masa akan datang. Tentunya penjagaan yang teliti dan penyusuan ibu sepenuhnya dapat dikecapi oleh bayi yang baru dilahirkan.

Selain itu menggalakkan agar lebih ramai anak dilahirkan oleh ibu muslimah dan membanyakkan umat Nabi saw. Semoga usaha penting ini membuka mata kerajaan pusat betapa pentingnya kebajikan ibu terutama anak yang bakal dilahirkan mendapat didikan pertama dari ibunya sendiri. Dan tentunya promosi penyusuan ibu terlaksana dengan lebih mudah.






2010/05/19
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

"Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

"Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI GURU


Bulan Mei memanglah bulan selamat kepada wanita kerana tiga wanita penting ini telah diraikan dalam bulan ini iaitu IBU, JURURAWAT DAN GURU. Jasa guru terutama wanita juga adalah pengorbanan yang bukan kecil. Kadangkala tangungjawab yang dipikul adalah melebihi dari hadnya. Tetapi atas nama tugas dan ingin melihat anak-anak menjadi orang berguna maka guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga lebih dari sepatutnya.

Guru hari ini juga perlu lebih menekankan dari sudut moral dan agama pelajar. Kita tidak mahu lagi pelajar yang cemerlang akademik tapi buruk akhlak dan agama. Biarlah pelajar cemerlang pelajaran akademik tetapi cemerlang dari segi sahsiah dan akhlaknya. Pelajar yang kita didik perlu menguasai urusan dunia dan akhirat barulah generasi yang dilahirkan cemerlang apabila berkerjaya dan membina rumahtangga kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI JURURAWAT-12 MEI 2010


Walaupun agak terlambat mengucapkan SELAMAT HARI JURURAWAT, namun DMPK Tambun tidak mahu melepaskan peluang memberi ucapan penghargaan kepada wanita bergelar jururawat. Jururawat umpama tulang belakang para doktor. Kebanyakan rawatan akan dimulai dengan pemeriksaan oleh jururawat barulah akan diperiksa secara teliti oleh doktor.

Walau bagaimanapun dari segi pakaian seragam jururawat masih tidak dapat menurut hukum syarak kerana fesyen pakaian yang masih mengikut bentuk badan jururawat. Mungkin sudah sampai masa para jururawat muslimah menegakkan hukum pakaian lebih syarie selepas jururawat dibenarkan memakai tudung.

Kepada wanita yang menjawat jawatan jururawat selamat menjalankan tugas. Semoga perkhidmatan anda bukanlah berlandaskan etika semata-mata tetapi lebih kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab menyelamatkan nyawa ramai orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersama Hentikan Kelahiran Anak Luar Nikah, Jauhi Seks Sebelum Kahwin



Tajuk ini telah diambil dari sebuah laman web yang memaparkan gosip artis Malaysia tetapi dikupas dalam bentuk yang agak berhemah iaitu 'beautifulnara.com' . Walau bagaimanapun bukan penulis ingin memperkenalkan web ini tetapi ingin menunjukkan bahawa ilustrasi yang telah diambil oleh laman ini adalah bersumberkan dari Nisa' bagi menerangkan tentang gejala pembuangan anak dan zina yang semakin serius dan berleluasa. Ini adalah satu inisiatif yang amat baik dari Nisa dan tahniah kerana berjaya menembusi laman seperti ini, dan terima kasih kepada laman ini yang telah memilih untuk memapar ilustrasi gejala sosial seperti ini sebagai sekurang-kurangnya satu peringatan.

Walau bagaimanapun menjauhi zina bermakna perlu menjauhi unsur-unsur menjurus kepada zina seperti percampuran lelaki perempuan bukan muhrim, paparan media tv dan majalah dengan gambar wanita seksi, kewajipan menutup aurat, haramnya 'dating' dan banyak lagi unsur yang telah menyumbang ke arah penzinaan.

Semoga Nisa akan meneruskan agenda dan paparan seperti itu supaya dapat dihayati lebih mendalam oleh masyarakat pada hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUZAKARAH ULAMA' & CENDEKIAWAN ISLAM 2010



TEMA : “ RESTORASI MEDIA DALAM MEMARTABATKAN UMMAH ”

30.5.2010
(Ahad)
En. Megat Zainurul Anuar Bin Megat Johari
Senior Manager, Dreamsoft (M) Sdn. Bhd.

Pra Muzakarah
Media: Idea Pemantapan Ummah
Hotel Impiana, Ipoh
8.30 malam

31.5.2010
(Isnin)
Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Kertas Kerja 1
Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
10.00 pagi

31.5.2010
Dato’ A. Kadir Jasin
Pengerusi, Berita Publishing Sdn. Bhd.
No.16-20, Jalan 4/109E
Desa Business Park, Taman Desa
Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur.

Kertas Kerja 2
Fenomena Bloggers : Pembentukan Masyarakat Beretika
Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
11.30 pagi

31.5.2010
Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff
Pensyarah,
Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
U.K.M. 43600 Bangi.

Kertas kerja 3
Media Baru : Penyampai Dakwah Dan Maklumat Yang Berkesan
Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
2.30 petang

31.5.2010
Y.Bhg. Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah
Pensyarah,
Jabatan Pengajian Media,
Fakulti Sejarah Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.

Kertas kerja 4
Media Sebagai Ar-Risalah
Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
3.30 petang

31.5.2010
Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad
Timbalan Dekan, Jabatan Komunikasi
Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,
UPM 43400 Serdang.

Kertas Kerja 5
Media Baharu Dalam Memertabatkan Ummah
Hotel Impiana, Ipoh
8.30 malam

31.5.2010
Prof. Madya Dr. Fariza Binti Md Sham
Ketua Jabatan, Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
43600 Bangi.

Kertas Kerja 6
Media Sebagai Tarikan Psikologi Islam
Hotel Impiana, Ipoh
9.30 malam

_____________________________________________

Hari Pertama (30 Mei 2010 – Ahad )

2.00 petang - 4.30 petang
Pendaftaran di Hotel dan minum petang

6.30 petang - 7.30 malam
Makan malam (meraikan peserta dan taklimat))

8.30 malam
Pembentangan Pra-Muzakarah
Oleh :
En. Megat Zainurul Anuar b Megat Johari.
Senior Manager, Dreamsoft (M) Sdn. Bhd.

10.00 malam
Minum malam

Hari Kedua (31 Mei 2010 – Isnin )

8.30 pagi – 11.00 pagi
Perasmian Muzakarah dan Titah Utama
Oleh :
DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.

11.00 pagi – 11.30 pagi
Pembentangan Kertas Kerja 1

Santapan Dan Jamuan ringan

11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh :
Dato’ A. Kadir Jasin
Pengerusi, Berita Publishing Sdn. Bhd.

1.00 tengah hari – 2.00 petang
Makan tengah hari (peserta)

2.30 petang – 3.30 petang
Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh :
Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff.
Pensyarah, Fakulti Sains Sosial
Dan Kemanusiaan, UKM.

3.30 petang – 4.30 petang
Pembentangan Kertas Kerja 4
Oleh :
Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah. Pensyarah,
Fakulti Sejarah Dan Sains Sosial, UM.

4.30 petang – 5.00 petang
Minum petang

6.30 petang – 7.30 malam
Makan malam

8.30 malam – 9.30 malam
Pembentangan Kertas Kerja 5
Oleh :
Prof. Dr. Abdul Mua’ti @Zamri Ahmad.
Timbalan Dekan, Fakulti Bahasa Moden
Dan komunikasi, UPM.

9.30 malam – 10.30 malam
Pembentangan Kertas Kerja 6
Oleh :
Prof. Madya Dr. Fariza Bt Md Sham.
Ketua Jabatan, Jabatan Dakwah
Dan Kepimpinan, UKM.

Hari Ketiga (1 Jun 2010 – Selasa )

8.30 pagi – 10.30 pagi
Sesi Soal Jawab

10.30 pagi – 11.00 pagi
Jamuan ringan

11.00 pagi -1.00 tengah hari
Pembentangan Resolusi / Rumusan Muzakarah

Makan tengah hari

Bersurai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (KOSMAZ) akan diadakan di INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak).

Tarikh : 13 Mei 2010
Hari : Khamis
Waktu : 8.30 pagi - 4.30 petang

PERCUMA dan makanan disediakan :)

Ayuh beramai-ramai bersama rantaian perjuangan para mujahid dan srikandi Palestin yang gugur syahid di sisi Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IBU BAPA BUKAN LIABILITI


KISAH RENUNGAN SEMPENA HARI IBU

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!



Sahabat sekelian,



Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI IBU




DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMBUN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA BERGELAR IBU PADA 9 MEI 2010 - AHAD INI. SESUNGGUHNYA ANUGERAH BERGELAR IBU ADALAH SAAT TERINDAH DALAM KEHIDUPAN SEMUA WANITA. IBULAH YANG MENDIDIK, MENGASUH, MENJAGA, MENGASIHI, MENGUBATI, MELINDUNGI, MEMUJUK, SEGALA-GALANYA BERGANTUNG KEPADA KASIH SAYANG IBU. JIKA TIADA SIFAT KASIH ITU DAPATKAH IBU MELAKUKAN SEMUA ITU? BUAT SEMUA MUSLIMAT JADILAH IBU KEPADA SEMUA ANAK-ANAK DI LUAR SANA YANG BEGITU KETAGIHAN KASIH SAYANG DAN TELAH HILANG NILAI MORAL. GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU HARI INI BEGITU MERUNCING. DIDIKLAH ANAK-ANAK KITA DENGAN MENGUTAMAKAN DIDIKAN AKHIRAT. DENGAN ITU HANYA BERUPAYA MENDINDING ANAK-ANAK KITA KE ARAH JALAN KEBENARAN.

Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~Sulaiman~


Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

~Sepriadi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saintis cipta alat pengesan daging babi dalam makanan


2010/05/05
ALMATY: Saintis di Kazakhstan memperkenalkan alat ujian segera kehadiran elemen babi di dalam makanan, lapor akhbar tempatan kelmarin, memudahkan penduduk negara majoriti Islam ini mengenalpasti makanan halal.

Kayu penguji plastik yang direka itu berupaya mengesan molekul makanan yang hanya ditemui dalam daging babi, yang mudah ditemui di negara Asia Tengah ini, kata mingguan Megapolis.
“Tiada rahsia sesetengah chef menipu dan mencampurkan daging babi dengan daging lembu untuk menjadikan makanan itu lebih murah,” kata akhbar itu kelmarin.

SESUNGGUHNYA CIPTAAN ALAT SEPERTI INI PASTINYA MEMUDAHKAN ORANG ISLAM MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIBELI ATAU DIMAKAN ADALAH HALAL. WALAU BAGAIMANAPUN KONSEP MAKANAN HALALAN TOYIBAH BUKAN TERTAKHLUK KEPADA TIADANYA BABI ATAU BAHAN-BAHAN HARAM DALAM MAKANAN TETAPI LEBIH DARI ITU. BERMULA DARI ASAL BAHAN MAKANAN ITU DIDAPATI, SIAPA YANG MEMPROSESNYA (ADAKAH ORANG ISLAM ATAU ORANG ISLAM YANG BAGAIMANA). ADAKAH PENYEDIAANYA DISERTAI DENGAN KALIMAH ALLAH. SEBENARNYA BANYAK PERKARA SEKIRANYA KITA TELITI DALAM PEMAKANAN KITA. TENTUNYA TIDAK MUDAH BAGI KITA MENDAPATNYA DALAM ZAMAN SERBA MODEN DAN BANYAK MENGGUNAKAN MAKANAN DIPROSES. KERANA ITULAH MENGAPA KITA PERLU MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN ADALAH BAGI MENGHINDARKAN KITA DARI UNSUR-UNSUR TIDAK SIHAT ATAU KEMUNGKINAN TIDAK HALAL DALAM PEMAKANAN KITA. ITU BELUM LAGI KITA BERBICARA UNSUR KEBERKATAN DALAM MAKANAN KITA. TETAPI KITA BOLEH BERUSAHA MENDAPATKANNYA DARI PENGUSAHA-PENGUSAHA PRODUK ISLAM YANG TELAH DIAKUI. SEMOGA KITA TIDAK MEREMEHKAN SETIAP APA YANG KITA MAKAN. SEBAB KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PERAK KALI KE-47



Gerai Kemawa dari Tambun, pengusaha makanan sunnah (kurma, kismis, buah tin dan macam-macam lagi)








Sempat possing di meja pendaftaran



Kelihatan Datin Seri Fatimah Taat, tetamu jemputan Penaung Pakatan Wanita Rakyat Perak


Terima kasih penyumbang beg muktamar



Perwakilan DMPK Tambun




Menyanyikan lagu PAS




Ucapan aluan Setiausaha DMPN Perak


Ucaptama Ketua Muslimat DMPN Perak


Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak


Ucapan Perasmian Naib DMPP, YB Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi


Tahniah, Anugerah DMPK yang mempunyai semua JMC dalam cawangan kepada DMPK Tambun kepada Pn. Zuhairah selaku Ketua Muslimat DMPK Tambun, alhamdulillah..


Penyampaian cenderahati kepada YB Senator


Penyampaian cenderahati kepada pemerhati dari DMPP


Penyampaian cenderahati kepada Pesuruhjaya PAS Perak


Penyampaian cenderahati kepada Datin Seri Fatimah Taat, selaku Penaung Pakatan Wanita Rakyat Perak


Bergambar kenangan..


Tahniah! Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah Hj Mohd. Ghazali merangkap Ketua Lajnah Kebajikan DMPN Perak


SIJIL PENGHARGAAN


Bergambar kenangan bersama Ketua Nisa' DMPN, yang mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini dan sedang sarat mengandung tetapi masih gagah menghadiri muktamar



Sesi muktamar bermula









Ucapan penangguhan perwakilan DMPK Tambun

Alhamdulillah, pada 1 Mei 2010 - Sabtu, Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah dilangsungkan di Markaz Air Kuning, Taiping ,Perak dengan dirasmikan oleh YB Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi serta kehadiran tetamu jemputan seperti Pesuruhjaya PAS Perak, Penaung Pakatan Wanita Perak, Datin Seri Fatimah Taat, Pemerhati dari DMPP, rombongan Dewan Pemuda PAS Perak dan lain-lain.

Muktamar bermula dengan ucaptama dari Ketua DMPN, Ustazah Hajah Bariah Alang Sapri dengan tema pada tahun ini ialah 'MEMIMPIN PERJUANGAN YAKINI JANJI ALLAH'. Sebelum mendengar ucapan perasmian, ucapan aluan dari PJ PAS Perak iaitu Ustaz Abu Bakar Husin yang mana beliau telah menyentuh tentang contoh wanita kental di zaman Rasulullah iaitu Asma Bt Abu Bakar yang telah menghantar makanan kepada Nabi dan Sayidina Abu Bakar sewaktu bersembunyi di gua. PJ telah menyarankan agar muslimat Perak contohilah wanita Asma dengan menjadi 'MUSLIMAT JADIDAH' iaitu muslimat yang mempunyai ciri-ciri :
1. Memimpin perjuangan
2. Mempunyai kekuatan berwaspada
3. Kekuatan pegangan kepada Allah
4. Kekuatan menanggung derita dan kesusahan
5. Kurang mengeluh
6. Kurang mencari kesalahan orang lain

Dalam ucapan perasmian pula, YB Senator telah memperjelas dan memperincikan 'MUSLIMAT JADIDAH' dengan meminta muslimat mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihanraya ke-13 iaitu :
1. Jaga hubungan dengan Allah dan akidah
2. Jaga akal
3. Jaga akhlak

Dengan menggunakan 4 ciri S iaitu : SALAM, SENYUM, SENTUH, SAYANG

Muktamar berakhir lebih kurang jam 06.30 petang dengan harapan agar segala muhasabah dan harapan semua perwakilan akan diperbaiki dan ditingkatkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS