SEMINAR MENCARI CINTA

Semalam 27 Februari 2011 (Ahad) satu Seminar Mencari Cinta yang dianjurkan oleh Ikatan Mesra Wanita Perak (MESRA) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Motivasi At Taqwa, Taman Meru, Jelapang. Mensasarkan remaja dan belia berumur 30 tahun ke bawah, MESRA ingin mengupas persoalan cinta dan garis panduan bercinta menurut Islam. Program seminar telah mendapat sambutan baik dari adik-adik remaja, kira-kira seramai 60 orang peserta telah hadir ke seminar.

Dua orang ahli panel telah dijemput bagi mengisi slot 1; Forum : Bicara Cinta iaitu Ustaz Munawir Salehudin dari Sekolah Menengah Agama Dr.  Nazrin Shah, Kg. Gajah dan penceramah dalam slot Ceramah Agama di radio Perak FM serta Ustazah Rozaidah Mohd Radzi dari Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah. Sementara untuk slot 2, Ceramah Bercinta Hingga Ke Syurga telah disampaikan oleh Ustaz Munawir Salehudin sendiri.

Seminar bermula pada jam 9 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang dengan alunan selawat ke atas Nabi SAW dan bacaan doa oleh ustaz sendiri. Setiap peserta telah menerima sijil penyertaan seminar yang disampaikan oleh penceramah, pengerusi dan pengarah MESRA sendiri.

Sekalung tahniah dan syukran kepada seluruh ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini. Tidak lupa kepada penyumbang tidak kira dari segi tenaga, kewangan dan material sehingga berjayanya Seminar Mencari Cinta.

Semoga matlamat MESRA memberi kesedaran kepada remaja tentang bahana cinta tidak berlandaskan Islam dan memberi kesedaran gejala sosial zina dan buang anak akan terlaksana dan membantu memimpin remaja ke arah cinta yang lebih hakiki iaitu cinta kepada Allah dan Rasul...

TAHNIAH! kepada semua peserta!



Semua AJK sedang membuat persiapan seminar




Pendaftaran peserta

Kira-kira seramai 10 orang wakil peserta lelaki selebihnya wanita.... 
Forum Bicara Cinta sedang berlangsung bersama moderator Cik Teh Humaira. Banyak maklumat telah disampaikan kepada adik-adik dari ahli panel berwibawa, syabas!

Rasanya banyak lagi persoalan cinta ingin diajukan oleh adik-adik....

Penyampain cenderahati kepada Ustazah Rozaidah Mohd Radzi dari Pengerusi MESRA
Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Munawir Salehudin

Persembahan 'slide' dari Ustaz Munawir memang menarik
Khusyuk betul peserta lelaki menghayati makna cinta hakiki...
Ceramah bersahaja dan ceria dari ustaz, tempoh ceramah 2 jam terasa cepat berlalu
Penyampaian sijil penyertaan dari ustaz
Penyampaian sijil penyertaan dari Pengarah Program
Penyampaian sijil penyertaan dari Pengerusi MESRA
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz MUuawir semoga adik-adik semua bertemu jodoh yang beriman...



 Jamuan tengahari disediakan...

Bergambar kenangan semua AJK Pelaksana... bertemu program akan datang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....