Perceraian selesai banyak masalah wanita


Ulasan:  
Astaghfirullahhalazim.....
Tuhan yang Maha Mengetahui menjadikan manusia lelaki dan perempuan, dan dihalalkannya pernikahan. Perceraian jika pun terpaksa tetap dibenci. Setiap perceraian pastilah lebih banyak keburukan dari kebaikan, kerana faktor perkahwinan pada asasnya ialah sama-sama beragama. Jika perceraian dianggap penyelesaian masalah sudah tentu diawal pernikahannya tidak mengambil kira faktor asasnya.


BERITA HARIAN

2011/05/30

KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita. 

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.


“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan. 

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya. 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BWF batal peraturan paksa pemain wanita pakai skirt

Gambar sekadar hiasan


Akhirnya peraturan yang jelas mengeksploitasi wanita ini telah dibatalkan. Moga mendapat perhatian Persatuan Badmintan Malaysia yang sebelum ini bersetuju dengan peratuan BWF.


2011/05/30

WELLINGTON: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk membatalkan peraturan kontroversi yang memaksa pemain wanita memakai skirt apabila beraksi dalam perlawanan. 

BWF yang mengadakan mesyuarat agung tahunan di Qingdao, China hujung minggu lalu sudah menunda pelaksanaan peraturan itu sehingga esok berikutan bantahan daripada kalangan pemain wanita.
Persekutuan itu berkata, ia akan terus menjalankan siasatan isu berkenaan apabila bertemu wakil pemain, yang tegas mendesak BWF mengubah peraturan berkenaan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tayangan KARTUN di Pasar Abdur-Rahman Auf!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK KALI KE-48



 Pendaftaran muslimat

 'Backdrop' jingga simbolik Buku Jingga ?

 Beg muktamar sumbangan Datin Seri Hjh. Fatimah Taat dan YB Zainudin, syukran...



Ucapan Pengerusi Majlis


 Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PAS
 Bacaan AlQuran



Dif-dif kehormat


 Pemerhati DMPK Tambun yang setia menanti hingga akhir...



Perwakilan DMPK Tambun, segak dengan 'vest' baru


Ucapan Penyelaras Muktamar, Setiausaha DMPN Perak

Ucaptama Ketua DMPN Perak sesi 2009-2011, Ustazah Hjh Bariah Alang Sapri


Ucapan isu semasa Dato' Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaludin
Ucapan perasmi, YB Dr Mariah Mahmud, Pengarah Pilihanraya DMPP


Montaj Unit IT DMPN Perak, syabas!

 Anugerah Jasamu Dikenang, Mantan Ketua DMPN Perak, Ustazah Naqibah No'ma

Tahniah Kak Ju yang telah memenangi jawatan Naib Ketua DMPN Perak! Bersama perwakilan DMPK Tambun




Taklimat mengundi oleh Ustaz Misbahul Munir

 Mesyuarat bermula
 'Lunch time'
 Ucapan mantan Ketua DMPN Perak sesi 2009/2011


 Ucapan pemantau DMPP, Cik Aida Yusof Rawa
 Ucapan Ketua DMPN Perak yang baru, Dr Najihatussolehah



Alhamdulillah, tanggal 17 Mei 2011 (Selasa) bersamaan 13 Jamadilakhir 1432h, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah selamat bermuktamar dengan penuh gilang gemilang bertempat di Hotel Hillcity. Muktamar kali ke-48 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu YB Dr. Mariah Bt Mahmud. Sebelum itu muktamar diserikan dengan ucapan dari Penyelaras Muktamar, Ketua DMPN Perak dan AJK PAS Pusat, Dato' Seri Hj Ir Mohd Nizar Jamaludin.

Ucapan perasmi sangat bermakna kepada sidang perwakilan dan pemerhati di mana YB Dr Mariah banyak menyentuh kepimpinan muslimat dan mengharapkan muslimat lebih berani kehadapan dan bersedia membuat perubahan dalam mengangkat era muslimat berketrampilan.

Pasukan IT muslimat DMPN Perak juga telah menyediakan montaj kronologi pentadbiran PAS buat pertama kali di Perak dan dijatuhkan oleh UMNO dengan penuh dramatik dan berkesan.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, sesi muktamar dimulakan dan sidang perwakilan telah mengemukakan 4 usul untuk dibentangkan. DMPK Tambun telah diberi peluang untuk membentangkan usul tentang perlunya kenyataan media dari DMP sendiri dan telah diterima oleh sidang perwakilan. Sementara usul mengetengahkan calon muslimat turut diterima dalam muktamar.

Muktamar berakhir jam 6.30 petang dengan ucapan pemantau dari DMPP iaitu Cik Aida Yusof Rawa yang memberi teguran membina dan motivasi kepada muslimat juga ucapan Ketua DMPN Perak yang baru. Pada sesi kali ini DMPN Perak telah memilih Ketua Muslimat yang baru iaitu Dr Najihatussolehah, Timbalan Ketua mengekalkan jawatan Ustazah Rohaya Bakar sementara jawatan Naib Ketua dimenangi oleh Ketua Muslimat DMPK Tambun, Pn. Zuhairah Hj Mohd. Ghazali. Tahniah diucapkan kepada Pn. Zuhairah!

Sekali lagi sekalung tahinah diucapkan kepada semua perwakilan, pemerhati yang setia menunggu perjuangan mesyuarat sehingga akhirnya. Kepada pimpinan DMPN Perak yang baru syabas dan tahniah! Semoga perlantikan baru memberi dimensi baru dan segar dalam kepimpinan muslimat besesuaian dengan saranan perasmi untuk memartabatkan kepimpinan muslimat dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIMPUNAN MUSLIMAT DUN MANJOI







Himpunan Muslimat buat pertama kalinya selepas perlantikan AJK DMP yang baru telah diadakan pada 14 Mei 2011 (Sabtu) bertempat di Markaz Tengku Husin. Pengisian telah disampaikan oleh Ustazah Fatihah Bt Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar dengan menfokuskan kepada tangungjawab muslimat terhadap jemaah. Seramai lebih kurang 50 orang muslimat telah hadir sekitar DUN Manjoi. Ketua DMPK Tambun, Pn Zuhairah juga turut berucap setelah ucapan dari Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan iaitu Pn. Salbiah Bt Din.

Himpunan ini mendapat sambutan hangat dari muslimat dengan mengajukan pelbagai soalan berkaitan perjuangan musliamt terutama isu rumahtangga, suami dan masalah dalaman muslimat serta telah dihuraikan dengan baik oleh penceramah. Lajnah Penerangan & Dakwah juga telah mengambil peluang untuk mengedarkan buletin pertama tahun 2011 serta risalah isu barang naik kepada muslimat untuk disebarkan di cawangan masing-masing. Semoga himpunan ini dapat memberi kefahaman kepada muslimat dalam memantapkan perjuangan muslimat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS