Adakah tidak ada cara lain bagi menarik minat penonton untuk menyaksikan permainan selain dengan cara memakai skirt? Tujuan bagi menarik minat penonton dengan mewajibkan memakai skirt sudah tentulah ada kena mengena dengan menayangkan 'bahagian' yang mungkin sebelum ini ditutup dengan memakai seluar pendek. Pemain wanita sendiri seharusnya menolak cadangan tersebut dan berpendirian tegas supaya tidak menjadikan wanita sebagai objek seks.
Wanita bukan objek seks: BWF
Berita Harian - 6 Mei 2011
2011/05/06
“BUKAN niat kami mahu gambarkan wanita sebagai objek seks,” kata Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Paisan Rangsikitpho dalam kenyataan, semalam. Kenyataan itu dikeluarkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pemain dan pegawai yang tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mensyaratkan pemain wanita memakai skirt dalam perlawanan bermula 1 Jun ini.
Rangsikitpho menafikan badan induk badminton dunia itu mengeksploitasi wanita dan bertujuan untuk “membezakan perlawanan wanita”.
“Ini adalah bagi menarik lebih ramai peminat daripada generasi muda dan tua, dan dikalangan lelaki dan wanita di mana penampilan yang lebih menarik dan bergaya tentunya faktor yang penting,” katanya yang turut menjelaskan pemain tidak perlu menggunakan skirt pendek dan masih boleh memakai seluar pendek atau panjang di bawah skirt.
Jelasnya, peraturan itu yang ditunda dari 1 Mei kepada 1 Jun ini juga bertujuan meningkatkan lagi profil perlawanan wanita apabila hadiah perlawanan wanita disamakan antara lelaki dan wanita.
Beregu India, Jwala Gutta dalam satu kenyataan membantah tindakan menentukan pemakaian skirt di kalangan pemain wanita.“Atlit sepatutnya diberi pilihan apa mahu dipakai dalam gelanggang. Ini adalah pendekatan digunakan pada abad ke-21,” katanya. - AFP
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....