PEMANGKU Sultan Perak/Raja Muda Perak, bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka 19 Februari lalu:
"PAS telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun, bermula dar sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri."
“PAS telah melakukan pelbagai anjakan unuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruhnya.
“Dari organisasi yang amat daif, menumbanag ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden.
“PAS didokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari."
Ia satu pandangan bebas tidak dipengaruhi dan tidak terpengaruh dengan sesiapa, adalah satu penghormatan yang amat berharga dari seorang waris takhta di negara ini.
Sumber : harakahdaily
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....