Universiti Malaysia tiada dalam senarai 400 terbaik dunia

Tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia seperti yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib ! Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya berkata keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Malang bagi Malaysia ! 56 tahun memerintah, institusi pendidikan negara makin tercorot di peringkat dunia.
NEGARA
UNIVERSITI
RANKING 2012/2013
Australia
University of Melbourne
28
University of Adelaide
176
China
Universiti Peking
46
Universiti Tsinghua
52
Universiti Fudan
250
Universiti Shanghai Jiao Tong
257
Singapura
Universiti National Singapura
29
Universiti Teknologi Nanyang
86
Korea Selatan
Universiti National Seoul
59
Universiti Yonsei
183
Taiwan
Universiti National Taiwan
134
Thailand
Universiti King Monghut
Lingkungan 351-400



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raja Nazrin Pandang Tinggi Perjuangan PAS

PEMANGKU Sultan Perak/Raja Muda Perak, bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka 19 Februari lalu:
 
"PAS telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun, bermula dar sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri."
“PAS telah melakukan pelbagai anjakan unuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruhnya.
“Dari organisasi yang amat daif, menumbanag ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden.
“PAS didokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari."
Ia satu pandangan bebas tidak dipengaruhi dan tidak terpengaruh dengan sesiapa, adalah satu penghormatan yang amat berharga dari seorang waris takhta di negara ini.
 
Sumber : harakahdaily

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muslimat Tambun hadam ilmu dakwah demi perjuangan

 Pn. Yusmaliza mempengerusikan program
 Muslimat pembangun ummah
 Jangan mencipta alasan dalam berjuang.Ingat janji Allah dalam surah Muhammad ayat 7
 Kupasan intipati 3 buah buku: Muslimat Celik Politik, Peranan Muslimat di Medan Islami & Perisai Mujahidah
 "Kalau ada sentuhan wanita, politik menjadi lebih indah, lebih santun dan lebih damai" ~ Almarhumah Ustazah Yoyoh Yusrah (ahli politik muslimat Indonesia)
Anak bukan alasan untuk tidak hadir  ke program parti.Syabas !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ustaz Fairuz Hafiz dan kapsul motivasi

 Bersama mengalunkan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
 "Muslimat haruskan mainkan peranan untuk parti. Faqihkan ilmu di dada". antara pesanan Ustaz Hafiz kepada muslimat Tambun
Kami berkumpul untuk memikul dakwahMU ya Allah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAWARAN KEBAJIKAN UNTUK WANITA MALAYSIA

 Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun

 Ukhtie Aiman Athirah, Ketua Penerangan&DAkwah DMPP
 Perkongsian maklumat agenda Kebajikan Wanita Malaysia
 Antara peserta yang hadir
 Sedia untuk turun padang menerangkan agenda kebajikan PR kepada rakyat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bawani and Listen..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Listen..listen..listen..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIMPUNAN 12 ISYARAT AKHIR KEPADA SPR

Bersih 1
 Bersih 2 
Bersih 3
HKR KL112 sejuta rakyat ! 
amaran akhir kepada SPR
teluskan perjalanan pilihan raya !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Deepak Terus Buat Pendedahan

Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.
 
Sumber : Malaysiakini/-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iktibar...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUSLIMAT hantar 30 nama calon PRU13


Dewan Muslimat Pas telah mengemukakan senarai 30 nama kepada pucuk pimpinan Pas untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesemua mereka merupakan calon berwibawa serta difikirkan sesuai untuk turun gelanggang PRU13.
 
Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan mereka di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.
“Kita telah mengenal pasti calon-calon Muslimat berkelayakan untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Lokasi serta calon yang dipilih kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat penentuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Siti Zailah berkata, calon-calon berkenaan terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada dalam kalangan mereka berusia sekitar 20-an.
Menurutnya, mereka merupakan golongan berpendidikan serta mampu menjadi seorang pemimpin.
“Ada dalam kalangan mereka juga golongan profesional seperti peguam serta doktor yang dirasakan benar-benar layak serta berwibawa.
“Keseluruhan lebih 30 calon yang disenaraikan ini adalah Muslimat dari seluruh negara,” katanya.
 
sumber :harakah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSAMA ABBY ABADI DI MERU RAYA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360 : KHIDMAT KESIHATAN UNTUK WANITA ZON KLEBANG

25 November 2012~ Program Khidmat Kesihatan : CEGAH KANSER SAYANGI DIRI telah sempurna dijalankan pada Ahad lalu. Program khusus untuk wanita ini telah menarik kehadiran wanita yang tinggal di sekitar ZON Klebang. Pelbagai acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur antaranya Slot Tanyalah Doktor bersama Dr Roslina, tayangan multimedia untuk kanak-kanak, rawatan refleksiologi, pemeriksaan payudara, pap smear dan pemeriksaan tekanan darah.

PENDAFTARAN PESERTA

 
 
KEDATANGAN TETAMU : AJK HARIAN  DMP NEGERI
 
PEMERIKSAAN KESIHATAN
 
INFO KESIHATAN
 
 
TANYALAH DOKTOR: Kanser payudara,serviks,rahim
Sdri Adila moderator slot Tanyalah Doktor
Dr Roslina memberikan penerangan tentang kanser yang menjadi pembunuh senyap wanita pada masa kini
 
 
Soal jawab...

TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK KANAK-KANAK
 
 
RAWATAN REFLEKSIOLOGI
 
 Menunggu giliran .....
 
 
 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAHAN



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAHAN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AIRMATA PALESTIN


 APA DOSA SAUDARA KITA INI..?
 APA DOSA ANAK INI..?


 INIKAH NASIB MEREKA ..?
JANGAN SAMPAI DI AKHIRAT NANTI ALLAH TANYA KEPADA KITA MANA... BANTUAN KITA PADA SAUDARA KITA INI..?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUSLIMAT DIGESA TERIMA CALON MUSLIMAT

MUKTAMAR DMPP ~ wakil Perak tegas calon muslimat

"Dewan Muslimat diingatkan tidak menolak muslimat untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum nanti."

Perwakilan Perak Hasnah Abdul Samad berkata, orang pertama perlu menyokong muslimat menjadi calon adalah muslimat itu sendiri.
"Muslimat sendiri jangan tolak muslimat untuk jadi calon, macam mana orang lain nak yakin dengan kita, sedangkan muslimat sendiri tolak calonnya," tegasnya.
Hasnah turut menyindir kerajaan Umno BN yang masih tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.
 
"Pilihan raya sudah berdegar-degar, tapi pilihan raya tak datang-datang," katanya dengan loghat Perak turut diselangi ketawa perwakilan.
 
Beliau turut mencabar Muslimat agar mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang kini dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Exco Wanita! Tempat 'lelaki' itu perlu diganti oleh wanita. Siapa wanita itu? Ya, wanita itu adalah Muslimat PAS," laungnya dengan penuh bersemangat mengundang tepukan gemuruh perwakilan.
 
Beliau yang berucap pada sesi penggulungan turut mencuri perhatian Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail kerana ucapannya yang penuh bersemangat.
"Masyallah rasa macam esok nak pilihan raya dah. Tahniah Perak," kata Fatimah Ismail sebaik sahaja perwakilan Perak selesai berucap 

(sumber : Harakah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS