Gambar Menarik Hari Penamaan Calon P059 Bukit Gantang



Diambil dari group bloggersnetwork Perak haninasution.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suasana sekitar Menjelang Penamaan Calon PRK P059 Bukit Gantang 28 Mac 2009

Lihat.... Suasana sekitar Bukit Gantang pada 28 Mac 2009

Di bawah... jalan ni tak jauh dari keluar tol Changkat Jering... dah
ada polis check...


Tiap traffic light yang kita jumpa... mesti ada polis jaga...
Gambar kat bawah.. 3 orang polis ada kat situ...



Lagi... traffic light lain 3 org polis...


Polis buat khemah putih banyak-banyak untuk pondok polis...


Lori FRU banyaknyeeeeee!!! Nak sembur sape??? Ada pengganas ke kat Bukit Gantang?










Ni... pembangunan mee segera... Bila nak pilihanraya... baru sibuk nak turap jalan...


Ni..polis terlau ramai sesangat ni nak buat apa? Habiss laa duit rakyat bagi gaji kat polis-polis ni menjaga kepentingan UMNO BN di setiap PRK.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Agung DMP Tambun

Alhamdulillah... Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun berjalan dengan lancar pada 21 Mac 2009,semalam di Hotel Hill City yang bermula lebih kurang jam 9 pagi.Kepada saf kepimpinan yang lama.... TERIMA KASIH di atas segala usaha dan ikhtiar yang telah anda lakukan untuk melicinkan gerak kerja parti. Semoga apa yang telah anda lakukan diberkati dan diterima Allah sebagai ibadah kepadanya. Seterusnya kepada saf kepimpinan yang baru, TAHNIAH kerana anda dipilih untuk memegang AMANAH ALLAH S.W.T untuk memastikan perjalanan gerak kerja Parti Islam SeMalaysia di peringkat Tambun berjalan dengan lancar. Semoga anda semua mampu memikul AMANAH ALLAH ini dengan baik dan dipermudahkan ALLAH di dalam segala urusan. Kepada semua perwakilan yang hadir, TERIMA KASIH di atas kehadiran anda dan apa saja, kritikan membina, pendapat atau cadangan yang telah dinyatakan. Semoga segala usaha yang kalian lakukan untuk bersama-sama memastikan roh Islam subur di Kawasan TAMBUN diterima Allah sebagai ibadah kepadanya...

Sekitar gambar perjalanan Mesyuarat Agung DMP Tambun....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuliah Maghrib dan Qiamullail di Kediaman Rasmi MB Perak

Alhamdulillah.... 26 Feb 2009, Khamis mlm Jumaat, solat Magrib dan isya' berjemaah telah dilaksanakan di dalam dewan yang terletak di dalam Kediaman Rasmi MB Perak. Waktu antara Maghrib dan isya' pula telah diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri. Seterusnya, pada pukul 4 pagi, para jemaah datang kembali untuk bermunajat kepada Allah S.W.T. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada seluruh rakyat negeri Perak untuk melihat kebenaran dan semoga Allah mempercepatkan tindakbalas ke atas pemimpin BN yang telah melakukan rampasan kuasa di negeri Perak secara tidak bermaruah dengan melanggar undang-undang demokrasi Raja Berperlembagaan di Malaysia.




Muslimin dan Muslimat sedang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri.







Qiamullail yang bermula jam 4 pagi.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hebahan: Kuliah Maghrib dan Solat Hajat 26 Feb 2009

Salam...
Kuliah Maghrib dan solat hajat26 Feb 2009, Khamis mlm Jumaat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Takirah Maghrib oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri. Qiamullail dipimpin oleh Tuan guru Haji Husin Pondok lubuh Tapah Kelantan, YB Us. Ahmad Mustafa ADUN Demik Kelantan. Bagi pencinta Kerajaan Pakatan Rakyat datang beramai-ramai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menteri Besar Perak Ke 10


Menteri Besar ke sepuluh
Berjemaah solat subuh
Berkemampuan beri kuliah subuh
Jiwa makmum jadi teguh
Buat yang Allah suruh
Bulan Februari suasana jadi keruh
Disebabkan syaitan menguasai roh
Disebabkan
Cinta dunia
Takut mati
Ikut ajaran Machiavelli
Warga Itali
Dengan duit pemimpin dibeli
Dari para konspirator
Jiwa yang kotor
Yang mulia jadi hina
Bila terkenal
Rancangan puak berkonspirasi
Dari iblis dapat inspirasi
Jadi berani
Suruh letak jawatan dihindari
Keredhaan Allah dicari
Kebajikan rakyat diusahakan
Dengannya Perak ada harapan
Cerah masa depan
Jika diizinkan Tuhan

HMS Abu Bakar
11 Safar 1430H
{7-2-2009}

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MB Nizar sekeluarga keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak 22 Feb 2009

Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri IR.Nizar bin Jamaluddin telah keluar secara rasminya dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak lebih kurang pukul 11.30 pagi pada 22 Feb 2009 diiringi oleh Unit Amal PAS beserta tabik hormat dan lambaian penyokong PR. Keluarnya IR.Nizar dari Kediaman rasmi MB Perak bukan mengaku kalah tetapi mengikut sunnah Nabi yang pernah berkubu di luar Madinah. Kepimpinan PAS melakukan apa sahaja berpandukan pada hukum tertinggi Al-Quran dan As-sunnah. Rasul junjungan S.A.W bukan sahaja ikutan dalam semua bidang lapangan hidup tapi termasuk kaedah dan strategi berpolitik.Kerana itu DMP Tambun menyeru pada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menyertai PAS kerana politik yang dikuti PAS adalah politik bersih dan indah yang diamalkan oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut beberapa gambar termasuk video MB Perak keluar kediaman rasmi buat tatapan pengujung....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS