IJTIMAK KAWASAN TAMBUN HARI INI-15 JUN 2010
Dijemput semua ahli PAS ke IJTIMAK KAWASAN TAMBUN hari ini selepas maghrib di Surau Taman Hiburan.
UCAPAN TAKZIAH
SEMINAR SELAMATKAN ZURIAT KITA
Seminar anjuran Pergerakan Persaudaraan Muslimah-Teras Pengupayaan Melayu (SALIMAH-TERAS) telah diadakan pada 6 Jun 2010 (Ahad) di INTIM telah menjemput Presiden TERAS sendiri iaitu Tn. Hj Mohd Azmi Abd Hamid bagi membentangkan Tajuk : Membina Muslimah Sebagai Penggerak Khaira Ummah. Manakala Pengerusi SALIMAH Negeri Kedah iaitu Pn. Hjh. Rubiyah Haron telah membentangkan Tajuk: Selamatkan Zuriat Kita. Seminar diakhiri dengan Pelancaran SALIMAH - TERAS Negeri Perak dengan dirasmikan oleh Pengarah JAIP iaitu Dato' Sheikh Mohd Nor Mansor AL-Hafiz.
MUZAKARAH ULAMA' & CENDEKIAWAN ISLAM 2010
Sekitar Muzakarah Ulama pada 30 Mei - 1 Jun 2010 anjuran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Dewan Bankuet SUK dan Impiana Hotel, Ipoh. Dengan tema 'RESTORASI UMMAH DALAM MEMARTABATKAN UMMAH', para pembentang telah mengemukakan pembentangan yang baik dan ada yang sangat baik dan 'berbisa'. Antaranya Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham, Datuk A. Kadir Jasin, Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Prof. Madya Dr. Muhammad Agus Yusof. Tahniah kepada pembentang yang benar-benar membentang dari hatinya bagi menegakkan Islam dan kemungkaran. Moga para peserta mendapat manfaat dan membuka mata terhadap media Islam hari ini.
SEMINAR PEMANTAPAN PENDAKWAH MUSLIMAH
RASIONAL
Kaum wanita Muslimah mempunyai tempat istimewa dalam pembinaan khairo ummah. Bagaimanapun gambaran Muslimah secara nyata dalam kehidupan ummah kini sangat mengkhuatirkan dimana kaum wanita termasuk muslimah kini menjadi komoditi pelaris dunia komersial yang sangat ganas dan mengeksploitasi kaum wanita tanpa pembelaan sewajarnya. Kes perzinaan dan pembuangan bayi kebelakangan ini semakin berleluasa sehinggakan berita-berita sebegini sudah tidak lagi mengejutkan umum. Justeru, keprihatinan pelbagai pihak harus digembleng untuk menghasilkan agenda bertindak yang akhirnya diharapkan mampu membendong gejala sosial yang melibatkan kaum muslimah khususnya dan kaum wanita amnya.
OBJEKTIF
1. Menghimpunkan tenaga pendakwah dan mengukuhkan jaringan dakwah di kalangan wanita
2. Memberi suntikan motivasi bagi memantapkan usaha dakwah di kalangan wanita.
3. Menjalin hubungan erat antara JAIP dengan kumpulan sasar.
TARIKH
6 Jun 2010 (Ahad)
TEMPAT
Kompleks Islam Ipoh/ INTIM
KUMPULAN SASAR
200 orang peserta yang akan diundang mewakili:
1. Wakil muslimah dari pertubuhan-pertubuhan dakwah
2. Guru-guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat
3. Guru-guru agama di Sekolah Kebangsaan
4. Wakil-wakil NGO
5. Masyarakat awam yang berminat
PENGISIAN
1. Pembentangan Kertaskerja 1 : Membina Muslimah Sebagai Penggerak Khaira Ummah
Oleh : Tn Haji Mohd Azmi b Abd Hamid, Presiden TERAS
2. Pembentangan Kertaskerja 2 : Peranan Muslimah Mengembalikan Izzah Ummah
Oleh : Ustazah Rubiyah Haron, Pengerusi Salimah –TERAS Negeri Kedah
ATURCARA TENTATIF
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Pembentangan Kertaskerja 1
10.00 pagi : Minum Pagi
10.30 : Pembentangan Kertaskerja 2
11.30 : Majlis Perasmian Seminar
Oleh : Syeikh Mohd Noor Mansor Al Hafiz
12.30 tgh : Jamuan Makan Tengahari
Bersurai







