MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-51




 Perjalanan menuju Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Kelihatan bendera PAS dan bunting Muktamar DMPP
 Menanti ketibaan tetamu kehormat
  Ketibaan perasmi


 Ketibaan Dato' Seri Ir Hj. Mohd Nizar Jamaludin, wakil AJK PAS Pusat
 Muslimat bersarapan dahulu sebelum perasmian

 Kelihatan gerai muslimat
 Briged Muslimat bersedia acara perbarisan


 Pimpinan DMPP menyambut para tetamu dan perwakilan serta pemerhati yang ceria dengan uniform muslimat hijau putih











 Sesi perasmian muktamar DMPP


 Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PAS
 Pengerusi majlis
 Ucapan Penyelaras muktamar, Pn. Kartini Ahmad, merangkap Setiausaha DMPP
 Ucaptama Ketua DMPP, Ustazah Nuridah



 Montaj Unit IT DMPP
 Ucapan perasmian Dato' Seri Bentara Setia Tn . Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan


 Pemerhati di bahagian atas dewan

 Montaj Pelancaran Dana PRU13
 Deklamasi sajak oleh Aiman Athirah











Sidang muktamar dimulakan
 Perwakilan dari Perak, Pn. Amizan


 Taklimat Jawatankuasa pengundian




 Ustazah Mariam mewakili Kawasan dari Negeri Sembilan, mantan Timbalan DMPK Tambun
 Pasukan media
 Perwakilan DMPK Tambun bergambar kenangan, lengkap selendang Halwa Muslimat khas untuk DMPN Perak
 Beratur untuk sesi pengundian, muslimat dari Perak








Jinakkan anak-anak dengan perjuangan PAS dengan ke program-program PAS






 Ucapan penangguhan Cik Kumutha, Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, begitu bersemangat, syabas
 Ucapan penangguhan wakil dari Perak, Pn. Diana Mohd Sany


 Kelihatan Mantan Ketua DMPP, Ustazah Jamilah Ibrahim, perjuangan PAS tiada akhirnya walaupun tidak memegang jawatan


Tahniah kepada AJK DMPP yang baru dilantik.

 Gerai muslimat DMPN Perak di Muktamar di Taman Melewar

 Kelihatan Timbalan Presiden yang baru, Mohd Sabu berucap di gerai Kohalal





Saudara  Azhan Atan, sempat menghiburkan orang ramai di gerai Unit Amal
 Dewan Dato' Hj Fadhil Mohd Noor, serba moden...




Mari memartabatkan matawang syariah

Pada 2 Jun 2011 (Khamis), Dewan Muslimat PAS Pusat telah bermuktamar di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Bertemakan; MUSLIMAT: MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN. Muktamar telah dirasmikan oleh Dato' Seri Bentara Setia Tn. Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. DMPP juga telah melancarkan Dana PRU13 dan telah menerima sumbangan berupa wang dirham dan wang dinar dari AJK DMPP sendiri, Dewan Muslimat dari negeri-negeri dan kawasan-kawasan serta dari individu. Pada akhir muktamar, DMPP telah berjaya menerima sasaran dana iaitu sebanyak RM100,000.00. Ini merupakan satu jumlah yang besar dan akan bertambah apabila wang dirham dan dinar tersebut ditukar kepada nilai Ringgit Malaysia apabila pilihanraya bermula kelak. Dato' Seri Ir Hj Mohd Nizar juga telah bermurah hati menderma sebanyak 7 keping dinar iaitu kira-kira bejumlah RM1,400.00.  DMPK Tambun juga tidak melepaskan peluang memberi sumbangan sebanyak 3 keping wang dirham kepada dana tersebut.

Selepas perasmian, semua perwakilan telah mengundi bagi memilih pimpinan DMPP sesi 2011-2013. Sidang muktamar telah bermula lebih kurang jam 2.30 petang telah menerima sebanyak 4 usul iaitu usul tentang pendidikan, kepenggunaan, keselamatan dan organisasi. Ucapan penangguhan telah diberikan kepada semua wakil setiap negeri. Muktamar selesai lebih kurang jam 8.30 malam. Tahniah kepada barisan pimpinan DMPP yang baru. Semoga mandat yang telah diamanahkan akan direalisasikan dengan sebaiknya serta mampu membawa DMPP lebih cemerlang dan berwibawa.

Berikut keputusan DMPP sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap
Nor Hashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketua Muslimat: Isteri harus taat suami tapi jangan lebih-lebih


GOMBAK, 5 Jun — Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.
Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan.
“Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.
“Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian ketika mengulas pelancaran Kelab Taat Suami semalam, sebagai antara penyelesaian ke atas masalah-masalah sosial di seluruh dunia.
Beliau berkata, walaupun isteri perlu mentaati suami, isteri tidak semestinya perlu mematuhi segala apa yang disuruh.
“Taat kepada suami itu wajib. Kita perlu patuh jika ia ke arah kebaikan. Tetapi jika suami menyuruh kita membuat perkara ke arah kemaksiatan dan melanggar syariat, kita diwajibkan tidak mematuhinya,” kata beliau lagi.
Bercakap mengenai soal poligami, Zailah berkata, perkara itu ada disebut di dalam al-Quran dan isteri tidak boleh mempersoalkannya.
“Poligami memang dibolehkan dan ia ada dalam al-Quran bagi sesiapa yang mampu. Isteri juga tidak boleh menolak hukum poligami itu. Persoalannya sekarang, sejauhmana kualiti suami yang ada sekarang?” soal beliau.
Pendapat Zailah itu juga disokong oleh timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud sambil berkata, Kelab Taat Suami adalah langkah yang baik.
Bagaimanapun katanya, kelab itu dilihat berat sebelah.
Mariah berkata, pihak kelab itu perlu membuat kajian bagi membuktikan  keretakkan rumah tangga berpunca daripada para isteri.
“Apa yang mereka nak ajar melalui kelab ini adalah perkara yang bagus, yang diminta oleh Islam. Tetapi pada masa sama, ia dilihat berat sebelah kerana seolah-olah meletakkan tanggungjawab kebahagian itu pada isteri dan menyalahkan isteri jika ada berlakunya masalah rumah tangga,” kata Ahli Parlimen Kota Raja ini.
Kata beliau, hakikatnya, suami juga perlu memainkan peranan dan perlu ada kaedah memberi dan menerima dalam hubungan suami dan isteri.
Dalam pada itu, seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, Ratina Shahean, 39, berkata Kelab Taat Suami merupakan satun platform yang bagus dan wajar disertai oleh wanita bagi mengelakkan perceraian.
“Kelab ini bagus. Tapi saya tak tahu secara terperinci mengenainya. Bagi saya rasa kelab ini wajar disertai, lebih-lebih lagi sekarang banyak berlakunya masalah cerai,” katanya ketika ditemui pada muktamar tahunan PAS di sini.
Selain itu, seorang suri rumah dari Kuantan, Menah Embong, 57, turut bersependapat dengan Ratina dan turut menceritakan pengalamannya yang pernah hidup bermadu.
“Saya isteri yang tua. Saya berkahwin dengan suami sejak dari umur 17 dan pernah hidup bermadu.
“Tetapi jodoh suami dengan madu yang lain tidak panjang dan akhirnya, suami saya masih bersama saya. Bagi saya, isteri perlu taat kepada suami dan sentiasa bersabar. Rumah tangga pasti harmoni,” kata ibu kepada empat orang anak ini.
Beliau berkata lagi, kelab itu akan dapat memberi panduan kepada isteri agar lebih disayangi suami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAYANAN ISTERI BUKAN PELACUR

'Layan macam pelacur'


Kenapalah menyamakan wanita yang merupakan ibu dan isteri kepada anak-anak sebagai pelacur semata-mata untuk melayan suami? Adakah boleh disamakan kedudukan seorang pelacur dengan seorang wanita bergelar isteri yang sah lagi halal. Walaupun mungkin apa yang dimaksudkan oleh doktor ini adalah baik iaitu supaya seorang isteri memberi layanan 'first class' kepada suami tetapi penggunaan perkataan pelacur sudah mengheret kepada makna yang lain. 

Meminjam kata-kata facebook Ustaz Zaharudin ;

Inilah satu contoh penggunaan bahasa yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam.


Alangkah indahnya jika doktor tersebut memberi contoh bagaimana kehidupan rumahtangga Rasulullah dengan isteri-isterinya. Bagaimana layanan Rasulullah kepada isterinya menyebabkan isteri baginda menghargai Rasulullah. Begitu jugalah sebagai suami isteri menurut Islam perlunya ada 'give and take' dalam rumahtangga. Suamilah yang sepatutnya menunjukkan contoh terbaik.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”


2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. 

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS